6 Rutin Elak Kematian Mengejut Di Kalangan Lelaki


- 22 Mar 18
View 460 : Today 1

Terdapat banyak kes melibatkan kematian mengejut lelaki berusia 40 tahun dan yang lebih mengejutkan kes-kes ini melibatkan lelaki yang sihat serta aktif bersukan. Antara kes terbaru pada 2018 ialah pemain bolasepak Itali, Davide Astore yang meninggal dunia di dalam tidur selepas habis latihan rutin untuk satu perlawanan.

Advertisement

Di Malaysia juga terdapat banyak kes antaranya seorang lelaki yang tiba-tiba rebah semasa bermain futsal dan juga satu kes melibatkan kematian di gelanggang badminton. Hasil keputusan bedah siasat menunjukkan punca kebanyakan kematian mengejut ini adalah Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mendadak sewaktu melakukan aktiviti fizikal.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan jantung seseorang itu bermasalah iaitu seperti mengah ketika bernafas, sakit pada bahagian dada, bengkak kaki dan keletihan melampau. Dan lelaki berusia bawah 40an terdedah kepada risiko ini walaupun nampak sihat dari luaran. Bagi mencegah risiko ini anda boleh lakukan enam rutin mudah ini.

1. Kurangkan pengambilan makanan segera kerana makanan jenis ini mengandungi lemak tidak tepu dan MSG yang tinggi yang menyebabkan saluran darah dan jantung tersumbat dalam jangka masa panjang.

2. Tinggalkan rokok, vape dan apa jua yang sama sepertinya kerana kandungan nikotin dalam produk ini melemahkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga melemahkan fungsi paru-paru dan boleh menyebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba apabila bersukan.

3. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala walaupun anda rasa anda masih mudah dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Berjumpa doktor sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa jika penyakit dapat dikesan dan dirawat lebih awal.

4. Jangan sesuka hati mengambil makanan atau minuman yang merangsang tenaga tanpa mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi. Kandungan dalam produk ini boleh meningkatkan stamina diri lebih daripada kemampuan sebenar.

5. Jangan terlalu memaksa diri untuk meneruskan aktiviti fizikal jika badan sudah keletihan. Contohnya jika sedang berlari dan terasa penat, tukar kepada jalan dengan perlahan-lahan. Jika degupan jantung makin laju berbanding normal, rehatkan sebentar aktiviti tersebut.

6. Selepas melakukan aktiviti fizikal yang memenatkan, jangan lupa untuk berehat bagi mengembalikan tenaga badan yang hilang. Rehat yang mencukupi diperlukan supaya sel-sel badan boleh dipulihkan dari sebarang kecederaan.

Selain diri sendiri, anda juga perlu ingat orang tersayang yang memerlukan anda yang sihat selama yang boleh di dunia ini.

Advertisement