Teknik Berkesan Mencari G-Spot Wanita

Walaupun dalam artikel sebelumnya iaitu Apa Itu G-Spot Wanita?, telah diterangkan anatomi di mana G-spot dikatakan berada, para suami ditegah mencari G-Spot ini secara melulu atau semberono.

Sama seperti hubungan seks, begitu jugalah proses mencari titik nikmat ini. Anda perlu bermesra dengan minda pasangan anda terlebih dahulu seperti berbual dengan mesra sewaktu berasmara. Suasana gurau senda ini dapat melepaskan tekanan dan rasa malu pasangan anda.

Apabila isteri anda sudah cukup dirangsang secara emosi, fikiran dan juga jasmani, anda boleh minta isteri berbaring dan membengkokkan kakinya. Ini adalah kedudukan terbaik untuk mencari G-spot isteri anda.

Pastikan faraj isteri benar-benar basah dan masukkan jari anda yang bersih secara perlahan-lahan ke dalamnya. Pastikan juga kuku jari anda pendek kerana kuku panjang akan menyakitkan isteri anda sekaligus boleh mematikan mood.

Gerakkan jari anda ke bahagian faraj sedalam yang mungkin. Kemudian bengkokkan jari sehingga menyentuh dinding atas faraj isteri.

Setelah sampai ke dinding faraj, tarik perlahan-lahan jari secara menurun. Rasakan dinding faraj isteri semasa anda menarik jari keluar.

Beri perhatian kepada kawasan di mana kulit dinding faraj tersebut agak kasar, membenjol atau berbeza dengan kawasan dinding faraj yang lain. Kawasan tersebut adalah G-spot.

Gosok perlahan-lahan di bahagian tersebut sambil melihat reaksi isteri anda. Jika dia mengeliat kesedapan atau menjerit kecil, ia bermakna anda telah menjumpai G-spot anda.

Namun, lokasi G-spot setiap wanita adalah berbeza-beza dan ada wanita yang menikmatinya dan ada pula yang merasa tidak selesa seperti hendak terkencing apabila disentuh. Jadi anda harus sabar dan berhati-hati.

Meskipun G-Spot ini membuat wanita terangsang tetapi janganlah terlalu mengharap untuk menjejakinya. Ia boleh menyebabkan rasa kecewa jika tidak ditemui. Dan anda janganlah terlalu serius sebaiknya lakukan dengan perasaan gembira. Jangan melakukan pencarian sehingga pasangan berasa tertekan, buruk padahnya.