Orgasme Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu (Bahagian 1)


- 29 Mar 18
View 7,560 : Today 2

Orgasme atau kepuasan klimaks adalah kemuncak kepada sesuatu hubungan seksual bagi lelaki dan juga wanita. Orgasme bagi lelaki biasanya mudah untuk dikenalpasti iaitu melalui air mani. Namun orgasme untuk wanita, hanya wanita sahaja yang dapat mengetahui sama ada dia mendapatnya atau tidak.

Advertisement

1. Bukan semua wanita merasa orgasme apabila bersama dengan suami mereka. Bahkan ramai di antara mereka berpura-pura mengalami orgasme. Antara sebab utama mereka berpura-pura mencapai orgasme kerana sayang pada suami dan tidak mahu suami merasa kecewa tidak dapat memuaskan isteri sendiri. Jadi, suami di luar sana, dapatkan kepastian dari isteri masing-masing adakah mereka dapat merasa orgasme sebenar atau tidak? Jika ya, bagus. Jika tidak, anda perlu belajar bagaimana hendak memuaskan isteri anda. Wanita yang tidak mendapat orgasme boleh mengundang banyak penyakit kerana tidak dapat melepaskan hormon dan toksin dari badan.

2. Orgasme terhebat hanya terjadi pada wanita yang bersedia melakukan seks. Bersedia itu bermaksud sedia dari segi mental dan fizikal. Jika salah satunya tidak bersedia, wanita itu akan sukar untuk merasai orgasme terhebat melainkan orgasme biasa sahaja. Bersedia dari segi mental bermaksud, fikiran wanita tersebut menumpukan sepenuhnya pada hubungan seks. Bersedia dari segi fizikal pula, seluruh anggota badan memberi tindak balas pada perlakuan seks.

3. Apabila orgasme berlaku pada seorang wanita, perkara pertama yang anda boleh lihat adalah wajah wanita tersebut akan nampak seperti menanggung kesakitan. Namun, di sebalik wajah tersebut adalah rasa nikmat keseronokan yang sangat sukar hendak di luahkan kata-kata. Nikmat orgasme adalah sangat nikmat rasa atau perasaan ketika itu adalah di luar jangkauan pemikiran seorang ,manusia.

4. Wanita yang selalu sampai orgasme ketika melakukan hubungan seks akan mempunyai badan yang sihat kerana darah mengalir di seluruh tubuh badan. Orgasme akan melancarkan aliran darah di seluruh badan kerana ia akan meluruskan saluran darah dan memecah halangan yang ada. Jika orgasme tidak sampai atau tertangguh, darah tidak mengalir ke selutuh tubuh badan dan menyebabkan perasaan tertekan dan meroyan akan menguasai tubuh wanita tersebut.

5. Masa seorang wanita merasai orgasme adalah sekitar satu hingga lima saat atau paling lama adalah tujuh saat. Jadi, apabila anda lihat isteri anda sudah sampai orgasme, anda biarkan isteri anda merasai orgasme tersebut Selepas isteri anda habis merasai orgasme, barulah anda teruskan hubungan seks anda. Isteri anda pasti akan hargai anda jika anda berbuat demikian.

6. Wanita boleh mengalami orgasme berterusan atau multiple orgasm jika dia menerima rangsangan berterusan selepas mengalami orgasme pertama. Namun, ia bergantung kepada keinginan wanita itu sendiri. Jika wanita itu mempunyai keinginan yang mengalami orgasme teramat tinggi, ia akan membantu wanita itu untuk alami multiple orgasm. Multiple orgasm adalah lebih nikmat dari orgasme sekali sahaja.

7. Wanita boleh alami orgasme dengan rangsangan berterusan di bahagian clitoris kerana di sana terletaknya sel-sel ghairah yang sensitif pada sentuhan. Ini bermakna wanita boleh masturbate atau merangsang dirinya sendiri jika ingin rasa orgasme. Rangsangan terhadap clitoris juga banyak di lakukan wanita ketika melakukan hubungan seks dengan suami mereka apabila mereka sedar rangsangan yang di berikan suami mereka tidak cukup untuk mereka rasa ghairah sehingga rasa orgasme. Jadi, kesimpulannya rangsangan di bahagian klitoris boleh membantu seorang wanita untuk rasa orgasme.

8. Selain di bahagian klitoris, wanita turut boleh alami orgasme jika mereka di rangsang di bahagian yang mempunyai titik sentuhan seksual seperti di payudara, bawah ketiak, bahagian dalam peha, luar dalam vagina, dan di mulut. Namun, rangsangan yang anda beri perlulah di sertai perasaan ghairah yang amat mendalam supaya rasa hendak orgasme boleh di capai.

Advertisement