4 Petanda Lelaki Homoseksual

Pada zaman sekarang, lelaki bukan lagi hanya meminati dan diminati wanita. Namun juga diminati dan meminati kaum sejenis mereka. Mungkin anda mempunyai kawan baru lelaki di pejabat, gimnasium atau kawan serumah dan rasa kurang selesa dengan tindak-tanduknya yang mesra lain macam dengan anda. Nak tuduh takut tersalah tuduh, tapi mungkin tanda-tanda ini dapat membantu anda mengenal lelaki homoseksual.

1. Suka memuji ketampanan wajah atau kemantapan tubuh lelaki lain tanpa segan silu. Masyarakat boleh terima kalau perempuan puji perempuan lain cantik atau seksi kan? Tapi lelaki heteroseksual jarang memuji lelaki lain kecuali dengan niat nak menyindir atau main-main. Jadi, ia bukan perkara yang normal jika lelaki itu memuji paras rupa lelaki lain dengan nada seperti terpesona. Perhatikan dari segi nada suara dan bahasa tubuh mereka apabila perkara ini berlaku. Jika mereka memuji anda seperti anda memuji wanita, kena berjaga-jaga.

2. Mereka juga suka menyentuh, memegang, mencuit atau meraba badan lelaki lain terutamanya di bahagian sensitif seperti punggung, pinggang, dada dan juga kemaluan. Tingkah laku ini adalah aneh apabila berlaku di antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri, jadi ia tambah ganjil jika berlaku di antara jantina yang sama.

3. Sukar untuk memuji dan mengagumi seseorang wanita kerana naluri sebenarnya adalah wanita. Jadi dia mempunyai perasaan cemburu terhadap wanita lain mereka adalah saingannya dalam merebut perhatian lelaki. Lelaki heteroseksual akan memberikan reaksi yang sewajarnya bila melihat wanita cantik atau menarik. Tetapi lelaki homoseksual biasanya tidak mempunyai tindak balas yang sewajarnya atau dingin dan kurang mesra dari segi seksual.

4. Lelaki homoseksual suka memerhatikan lelaki lain dengan pandangan ghairah dan mereka akan cuba mendapatkan perhatian lelaki yang dia minati. Sama macam lelaki heteroseksual memandang wanita dengan pandangan penuh nafsu dan berusaha memikat.