Orgasme Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu (Bahagian 3)


- 1 Apr 18
View 10,885 : Today 2

Bahagian akhir mengenai orgasme wanita yang lelaki perlu tahu dari Bahagian 1 dan Bahagian 2. Semoga para suami dapat membuka kunci orgasme isteri anda!

Advertisement

17. Seks yang di penuhi dengan rasa kasih sayang akan memberi wanita perasaan orgasme yang tidak ternilai. Seks yang di lakukan ketika perasaan marah pula hanya akan beri wanita perasaan orgasme yang biasa sahaja kerana ia di lakukan kerana nafsu. Nafsu dan perasaan perlu selari, barulah orgasme boleh muncul. Ramai yang salah anggap zina adalah sesuatu nikmat. Padahal, persetubuhan selepas berkahwin iaitu di sertai rasa cinta dan kasih sayang akan beri orgasme yang hebat pada wanita. Lagi hebat orgasme yang di rasai seorang wanita, lagi hebat nikmat seks yang di rasai seorang lelaki.

18. Jika seorang suami mahu berikan rasa orgasme yang hebat pada isterinya, suami tersebut perlu segera lakukan hubungan seks apabila isterinya begitu ghairah untuk lakukannya. Jika isteri anda mengajak anda untuk lakukan hubungan seks, itu bermakna dia mempunyai ghairah untuk lakukannya. Jadi, anda jangan tangguh-tangguh dan segerakan hubungan seks tersebut. Isteri anda pasti akan alami orgasme dengan cepat dan hebat. Ghairah dari sang isteri adalah kunci pada ketegangan seksualnya sendiri. Oleh itu, jika si lelaki ingin beri orgasme yang hebat pada isterinya, dia perlu terlebih dahulu membangkitkan ghairah isterinya.

19. Wanita yang berpengalaman melakukan hubungan seks akan rasa detik atau rasa orgasme yang lebih nikmat dari mereka yang tidak biasa melakukan hubungan seks. Ini kerana fizikal dan mental mereka seperti tahu apa yang hendak di lakukan untuk merasai nikmat orgasme yang lebih dari sebelumnya. Malah, wanita yang berpengalaman biasanya akan mengejar orgasme pertama dengan cepat kerana mereka tahu orgasme kedua dan ketiga akan jadi lebih nikmat.

20. Jika anda ada masalah kekurangan cecair yang di keluarkan vagina ketika melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa dengan doktor dan mencari penyelesaian dengan segera. Ini kerana, kekurangan cecair di dalam vagina ketika melakukan hubungan seks akan menyebabkan anda hilang fokus untuk merasai orgasme tetapi lebih fokus terhadap rasa sakit akibat geseran vagina dan zakar tanpa pelincir.

21. Jika rasa orgasme yang di alami seorang wanita merupakan rasa yang baru iaitu rasa yang belum pernah di rasai pada hubungan seks yang sebelumnya, tubuhnya akan kaku selama satu saat paling kurang. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk merakam keadaan tersebut. Jika tubuh anda tidak kaku, itu bermakna orgasme yang anda alami itu adalah sama dengan orgasme yang anda alami pada sebelum-sebelumnya.

22. Wanita yang mengandung lebih senang untuk merasai orgasme berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini kerana sel – sel seksual lebih sensitif dari sebelumnya. Namun, dari segi nikmat orgasme, ia bergantung kepada mood wanita tersebut. Ramai wanita tidak alami rasa orgasme yang sepatutnya kerana fikiran mereka di penuhi rasa takut kandungan mereka akan alami kesan kerana hubungan seks. Padahal kandungan bayi di lindungi dan selagi anda tidak lakukan seks dengan terlalu agresif, bayi anda pasti tidak akan apa-apa.

23. Hanya wanita itu sendiri boleh huraikan perasaannya ketika mengalami orgasme. Ini kerana orgasme adalah rasa ketegangan seks pada puncak tertinggi dan cara seorang wanita berfikir ketegangan seks adalah berbeza.

24. Apabila hubungan seks di lakukan darah akan terkumpul di bahagian seksual badan seperti pinggul, vagina, peha di bahagian dalam, payudara, bibir dan lain – lain. Apabila orgasme berlaku, darah yang terkumpul ini akan mengalir ke seluruh badan dan seterusnya akan memberi perasaan lega atau puas pada wanita tersebut. Sekiranya orgasme tidak sampai, darah akan terkumpul di bahagian-bahagian tersebut dan akan menyebabkan wanita rasa rungsing atau susah hati.

25. Selepas alami orgasme, gelora seks biasanya akan turut hilang. Oleh itu apabila suami menyentuh bahagian vagina, payudara dan bahagian seksual yang lain, wanita tersebut tidak akan rasa apa-apa melainkan rasa terganggu. Jadi, suami perlu bijak dan kembali merangsang kemahuan si isteri untuk terus lakukan hubungan seks. Apabila gelora seks mula menguasai fikiran isteri, barulah hubungan seks akan jadi lebih nikmat.

Advertisement