Khasiat Susu Pada Tubuh


- 11 Apr 18
View 62 : Today 1

Susu dari sumber haiwan bukanlah minuman yang popular di kalangan lelaki Malaysia. Namun begitu, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya. Ketahui pelbagai rahsia dan tip menarik mengenai susu.

Advertisement

1.Lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong kearah kegemukan.

2.Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekaligus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.

3.Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.

4.Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.

5.Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.

6.Jika inginkan kelainan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.

7.Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.

Advertisement