Ini 5 Perkara Yang Perlu Dielak Selepas Seks


- 12 Apr 18
View 8,780 : Today 1

Ramai di antara kita yang melengkapkan diri dengan ilmu bersetubuh untuk membuat pasangan puas. Teknik bercium, permainan foreplay, seks oral, teknik menujah, dan cara untuk bertahan lama di ranjang antara ilmu-ilmu terkenal yang sering dicari pasangan untuk meningkatkan nikmat bersetubuh.

Advertisement

Malangnya tak ramai pula yang hendak ambil tahu apa ilmu selepas bersetubuh – perkara yang perlu dilakukan selepas bersetubuh. Akibatnya, walaupun pengalaman ketika bersetubuh tadi sangat hebat dan memuaskan, pengalaman tersebut dirosakkan dengan aktiviti selepas bersetubuh.

Lebih buruk lagi kesan jangka masa panjang yang akan timbul akibat daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan selepas bersetubuh. Sedangkan pada hakikatnya kesalahan selepas bersetubuh ini tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jangan terus tidur selepas bersetubuh
Ini adalah kesalahan selepas bersetubuh yang sering dilakukan oleh ramai individu, terutama para suami. Ada kajian menunjukkan lelaki lebih cenderung untuk tidur selepas bersetubuh, manakala wanita pula berasa lebih segar dan ingin dibelai selepas bersetubuh. Lelaki lebih mudah tidur selepas bersetubuh, manakala wanita pula lebih segar dan ceria. Elakkan dari tidur selepas bersetubuh. Jangan akhiri pengalaman bersetubuh anda berdua dengan aktiviti yang membosankan seperti tidur.

2. Jangan terus ke bilik air
Kadangkala aktiviti di ranjang sebentar tadi sedikit kucar kacir, dan anda berasa tak sabar-sabar untuk membersihkan diri. Ini normal dan dirasai oleh setiap orang. Tetapi, tunggu dulu. Jangan terus bergegas ke bilik air selepas bersetubuh. Sabar sebentar dan layan pasangan anda seketika sebelum ke bilik air. Lebih afdal lagi jika anda berdua sama-sama ke bilik air dan membersihkan pasangan.

3. Jangan terus mengenakan pakaian
Kesalahan ini sering dilakukan apabila pasangan melakukan quickie atau hubungan seks pantas. Jika sebelum bersetubuh anda sudah pasti tak sabar-sabar membuka baju untuk menunjukkan anda sangat bersemangat untuk bersama pasangan namun ia perlu berbeza selepas persetubuhan. Jika anda tergesa-gesa mengenakan pakaian selepas bersetubuh, secara tak sedar anda akan memberi isyarat negatif kepada pasangan. Sama ada anda tidak selesa dengan tubuh anda, atau anda menganggap hubungan seks sebentar tadi biasa-biasa sahaja.

4. Jangan komen tentang prestasi pasangan di ranjang
Kadangkala tanpa anda sedari anda terlepas cakap dan memberi komen tentang prestasi pasangan selepas bersetubuh. Jika anda memberi pujian, itu sangat bagus. Tetapi jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif terhadap si dia. Walaupun anda rasa pasangan tak kisah, tetapi sedikit sebanyak sudah pasti beliau akan terasa hati dan akan memberi kesan buruk terhadap hubungan intim suami isteri. Apa sahaja komen atau rasa tak puas hati anda terhadap pasangan, simpan dahulu. Tunggu masa yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut. Yang pasti, jangan lakukannya selepas bersetubuh.

5. Jangan ucapkan terima kasih kepada pasangan
Anda mungkin berfikir kenapa pula tak boleh berterima kasih kepada pasangan selepas hubungan seks yang sangat mengasyikkan, sudah pasti si dia akan menghargainya. Malangnya, anda salah. Ucapan terima kasih kepada pasangan selepas bersetubuh secara tak sedar akan mewujudkan perasaan tak puas hati pasangan. Beliau akan merasakan beliau dipergunakan oleh anda hanya untuk seks – sama seperti pelacur atau gigolo. Sebaliknya, daripada berterima kasih atau bercakap tentang prestasi pasangan, lebih baik anda memberitahu beliau bagaimana anda sangat menikmati hubungan seks sebentar tadi. Ini lebih baik daripada mengucapkan terima kasih kepada pasangan.

Advertisement