Realiti Golongan Lelaki di Malaysia


- 16 Apr 18
View 275 : Today 1

Saya merupakan seorang ahli akademik dan membuat kajian tentang tingkah laku manusia (human behaviour). Confession ini saya nak mencerikan tentang tingkah laku golongan lelaki di Malaysia. Kalau anda perasan, sekarang ramai golongan perempuan yang belum berkahwin disebabkan ‘kepupusan golongan lelaki yang berkualiti’. Mengikut bancian terkini, bilangan lelaki di Malaysia adalah lebih tinggi daripada bilangan perempuan, tetapi malangnya golongan lelaki yang berkualiti tersangat sedikit.

Advertisement

Saya telah membuat kajian mengenai golongan lelaki di Malaysia selama beberapa tahun, dan saya nak berkongsi sedikit hasil kajian saya kepada anda semua. Untuk confession ini, saya akan menceritakan tentang golongan lelaki tidak berkualiti di Malaysia. Sekiranya berkesempatan, saya akan cerita tentang golongan lelaki & perempuan untuk confession akan datang.

1. Golongan lelaki penipu
Pernah dengar kisah suami orang mengaku bujang untuk mengorat anak dara? Nak test market? Nak pasang dua? Nak tambah cawangan? Banyak, banyak sangat. Saya seorang lelaki dan sudah berkahwin. Jadi saya tahu taktik & teknik golongan ini.

Maaf cakap, kebanyakan lelaki yang berkahwin lebih ini (poligami) hanyalah nak puaskan nafsu seks semata-mata. Nak rasa buah baru. Tak payah cover cakap ikut sunnah. Nabi tak tipu isteri, tak tipu orang lain. Tapi ramai golongan lelaki poligami di Malaysia ni yang menipu isteri mereka dan menipu anak dara orang cakap masih bujang. Pergi masuk sekolah balik, hadam betul-betul apa maksud sunnah.

Bila tanya kenapa nak kahwin lagi? Jawapannya, saya mampu. Maaf cakap, yang jawab mampu tu, majoritinya mampu bagi nafkah batin dari segi seks sahaja. Pampers & susu anak pun guna duit isteri, ada hati kata mampu nak kahwin lebih.

Mampu yang sebenar adalah mampu dari segi agama (1) (memberi didikan agama kepada isteri-isteri), mampu dari segi kewangan(2) (memberi nafkah zahir kepada isteri-isteri dan anak-anak), mampu berlaku adil dari segi masa (3) (bukannya berkepit dengan isteri muda sepanjang masa, isteri lama diabaikan), mampu berlaku adil dari segi kasih sayang (4) (menyayangi isteri-isteri sama rata, bukan melebihkan isteri muda)

Haa, kalau mampu memenuhi 4 syarat di atas baru layak nak poligami. Ni ramai yang berpoligami, tapi sebenarnya tak mampu. Kesannya, isteri pertama terseksa dan tidak dapat hak. Dekat akhirat nanti, merangkaklah sang suami mencari isteri pertama memohon maaf.

Ni baru kes lelaki menipu dalam perhubungan (perkahwinan). Belum kira lagi golongan lelaki yang menipu dalam perniagaan, MLM, business buat rumah. Ada jugak golongan yang menipu gelaran doktor PhD. Takde PhD tapi menipu cakap ada PhD.

2. Golongan lelaki bodoh dan pentingkan diri sendiri
Anda semua pernah tak jumpa golongan ni?
a. Bila isteri sakit bersalin, doktor nak inject ubat tahan sakit. Tapi suami tak benarkan doktor inject apa-apa. Dia kata tu semua produk yahudi. Sanggup tengok isteri sakit terseksa.
b. Bila anak baru lahir ada kompilasi/masalah kesihatan, doktor nak inject ubat. Tapi si ayah tak bagi. Vaksin semua tu haram, agenda yahudi. Bila anak mati, dia cakap, “saya redha dengan takdir Allah.
c. Pergi kedai makan yang ada budak-budak kecil. Pastu selamba hisap rokok dekat dengan budak-budak tu.
d. Lepas hisap rokok dekat luar rumah, masuk dalam rumah peluk cium anak yang baru 4-5 bulan.
e. Bila masuk simpang tak reti bagi signal.
f. Bila pergi solat Jumaat, double park. Lepastu tak reti nak release handbreak/ letak nombor telefon dekat dashboard.
g. Bila pergi kedai makan, isteri tengah kelam kabut layan anak sampai tak sempat makan, yang suami lepas makan terus main phone. Tak pedulikan isteri dan anak-anak.

Maaf guna perkataan bodoh. Tak jumpa perkataan lain yang sesuai nak ‘describe’ golongan ini. Ini semua common sense, tak perlu nak belajar tinggi-tinggi untuk memahami.

3. Golongan lelaki kunyit (gay/biseksual)
Dekat Malaysia makin membiak golongan ini. Anda pernah dengar perkataan spy/undercover? Alaa macam CIA atau polis perisik tu. Untuk buat kajian tentang golongan lelaki kunyit ni, saya terpaksa buat undercover atau jadi spy. Sudah ramai golongan lelaki kunyit yang saya jumpa. Ada banyak apps/dating site untuk golongan kunyit ni berjumpa/cari partner.

Jadi saya gunakan apps ni untuk pancing dan jumpa golongan kunyit. Berbekalkan muka yang hensem, ramailah golongan kunyit yang berminat nak jumpa saya. Haha. Suami orang pun ramai yang kunyit. Mereka ini merupakan biseksual, iaitu bernafsu kepada lelaki dan perempuan. Bila tanya mereka, kan dah ada isteri, kenapa nak cari lelaki juga?

Jawapan mereka, “lelaki punya lagi ketat dari isteri punya”..tu dia, punggah. Garu kepala bila dengar jawapan mereka. Dianggarkan, ada lebih 20,000 golongan kunyit di Malaysia dan bilangan ini semakin meningkat. Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka ini adalah melayu muslim. Golongan kunyit ini bukan sekadar lelaki lembut sahaja. Yang nampak sado, ganas, lelaki idaman Malaya pun ramai yang kunyit. Abang-abang misai berjanggut suami orang pun ramai yang kunyit. Bak kata omputih, “Looks can be deceiving”. Dekat sekolah tahfiz/sekolah agama pun ada banyak golongan kunyit, apatah lagi dekat tempat lain.

4. Golongan lelaki penjenayah
Sekiranya kita membaca akhbar dan berita, kebanyakan kes jenayah melibatkan golongan lelaki. Sekiranya anda berkesempatan, boleh melawat pejabat polis, penjara, dan pusat serenti. Anda boleh lihat dan baca sendiri statistik jenayah yang dilakukan majoritinya adalah dari golongan lelaki. Tahun 2017, ada 4 kes besar yang berlaku di Malaysia. Kes buli dan bunuh pelajar UPNM, kes kebakaran pusat tahfiz, kes buli dan liwat remaja sekolah dan kes bunuh dan langgar baru-baru ini. Daripada 4 kes ini, penjenayah semuanya adalah lelaki dan mangsa juga adalah lelaki.

5. Golongan lelaki tidak berdisiplin/suka buat masalah
Masih ingat lagi kes remaja berbasikal pada waktu tengah malam dan dilanggar? Kisah mat rempit yang membelasah driver ambulans baru-baru ini? Kisah seorang cikgu yang dihadapkan ke mahkamah kerana mendenda pelajarnya yang menghidu gam di sekolah?

Semua masalah ini dilakukan oleh remaja lelaki. Saya pernah menjadi guru di sekolah. Hanya golongan guru yang tahu betapa susah dan pening kepala menguruskan pelajar-pelajar lelaki yang bermasalah ini. Bila guru ambil tindakan, ibu bapa marah, back up anak mereka yang bermasalah.

Maaf cakap, sekiranya remaja-remaja lelaki yang bermasalah ini tidak ditegur/ tidak diambil tindakan/ tidak diajar dari zaman sekolah, lagi 10 tahun, bila mereka dah dewasa, mereka inilah yang akan jadi pembunuh, perogol, gangster, kaki samseng, masuk penjara/pusat serenti.

Betul, manusia boleh berubah. Tapi realitinya, berapa kerat yang berubah? Kalau dari zaman sekolah dah perangai macam hantu, bila besar nanti agak-agak jadi apa? Bila cikgu nak tegur/denda, ibu bapa salahkan cikgu.

Itu belum kira lagi golongan remaja lelaki yang membuntingkan anak perempuan orang. Melepaskan air mani sesuka hati dan meninggalkan anak perempuan orang yang dah berjaya di’kembung’kan. Malu saya nak bagi statistik dekat sini. Saya tersangat malu. Zina sangat berleluasa, termasuklah di kalangan pelajar sekolah.

Apa tujuan saya tulis ini?

Tujuannya adalah untuk mengajak anda semua terutamanya golongan ibu bapa untuk mendidik anak-anak lelaki dengan baik dan tegas sejak kecil. Golongan lelaki merupakan pemimpin kepada perempuan. Sekiranya bilangan golongan lelaki berkualiti semakin sedikit, bagaimana mereka nak memimpin golongan perempuan?

Saya tak nafikan memang masih ramai lelaki yang baik, tetapi jumlahnya semakin berkurang. Cuba bayangkan kalau tolak jumlah lelaki di Malaysia dengan 5 golongan lelaki di atas, tinggal berapa kerat sahaja bilangan golongan lelaki berkualiti yang tinggal.

Kita biasa dengar orang kata, nak jaga anak perempuan lagi susah. Tapi melihatkan keadaan sekarang, lebih susah nak jaga, didik dan bentuk anak lelaki menjadi seorang yang baik berbanding anak perempuan. Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk meningkatkan kembali golongan lelaki berkualiti di Malaysia!

View 275 : Today 1
Advertisement