Membina Otot : Ini 6 Makanan Yang Penting

Rutin senaman kecergasan tidak lengkap sekiranya amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Pembinaan otot memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama. Oleh itu, pemilihan makanan yang sesuai memberi kesan yang lebih ketara ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, Berikut adalah senarai 6 makanan yang sangat penting untuk membina otot terutamanya bagi ahli bina badan.

Advertisement

1.Telur
Sempurna dalam memberikan sumber tenaga tatkala mengharungi latihan olahraga dan kecergasan. Setiap sajian mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda. Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.

2.Dada ayam
Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain. Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.

3.Ikan Salmon
Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot. 4 auns salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat. Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.

4.Susu rendah lemak
Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.

5.Keju bebas lemak
Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk. Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan yang terbaik untuk mencipta otot yang menawan. Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.

6.Kekacang
Amalkan pengambilan pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam satu nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian. Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj kembali tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Advertisement