5 Cara ‘Cool’ Memikat Wanita

Ada banyak cara nak pikat wanita dan ia bergantung kepada jenis wanita yang anda suka dan juga perwatakan diri lelaki tersebut. Ada yang pikat wanita guna duit, pangkat atau rupa paras yang menarik. Tapi lima cara ini cara yang ‘cool’ dan dijamin menghasilkan bunga-bunga cinta. Selamat mencuba!

Advertisement

Jangan Terburu-buru
Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah sukakan seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak nombor telefon, masa tu juga dia nak mesej, atau nak tanya macam-macam. Bawa bertenang, bro. Jangan gelojoh dan kelam-kabut. Perempuan suka lelaki tunjukkan minat pada dirinya tapi dengan cara yang tertib. Kalau nak minta nombor telefon pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan. Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

Jadilah Gentleman
Yup! Be gentleman. Tunjukkan siapa diri kita terutamanya sisi yang baik kerana first impression atau anggapan pertama adalah sangat penting. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Tawarkan diri kita untuk tolong dia. Atau kita mulakan perbualan atau apa-apa saja tindakan yang akan membawa kepada perkenalan. Takkan nak tunggu si dia yang mulakan kerana kita yang nakkan dia!

Usik-mengusik
Kadang-kadang kita perlu mesra sikit. Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke. Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu. Namun awas, ada jenis-jenis usikan yang akan membuatkan si dia menjauhkan diri daripada anda. Jangan buat usikan lucah terutama yang berkaitan dengan tubuh badan, seks atau penghinaan kepada apa jua.

Kena kreatif
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak, mulalah lidah kelu dan otak jadi bingung. Semuanya tak jalan. Masa macam ni lelaki kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, lelaki kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu. Contohnya kalau masa tu kamu berdua ada di taman permainan, cakap la, “Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun mungkin pada awal topiknya tidak seberapa menarik, tetapi dari situ akan wujud usaha untuk berbual.

Buat dia rindu
Biar dia rindu pada anda. Bagaimana nak buat tu? Selepas berhari-hari asyik bermesej, cuba ambil satu satu hari untuk anda berehat daripada menghantar mesej kepadanya. Cuba lihat reaksi dia. Adakah si dia akan mesej anda atau dia pun senyap je. Kalau dia mesej, itu petanda yang baik, sama ada dia tengah sunyi dan rindu pada anda. Tetapi kalau dia pun senyap membisu maksudnya, anda masih lagi seorang insan yang biasa di hati dia. Belum istimewa pada anda. Kena banyakkan usaha lagi.

Advertisement