7 Tips Penggunaan Kondom Yang Betul Semasa Seks

Kondom adalah salah satu alat perancangan keluarga yang jika digunakan dengan betul dapat berfungsi untuk mencegah kehamilan yang tidak dirancang dan juga penyakit berkaitan seks. Berikut disenaraikan tip pemakaian kondom yang betul

1.Perkara pertama sekali, elakkan dari menggunakan kondom terpakai, iaitu kondom yang telah digunakan. Janganlah kedekut sangat, okey. Harga kondom lebih murah daripada rokok. Lagipun tak geli ke kalau guna yang dah dipakai sebelumnya?

2.Pastikan saiz kondom sesuai dengan saiz zakar anda. Jika zakar anda bersaiz kecil, janganlah beli kondom saiz besar. Tak sesuai!

3.Tinggalkan sedikit ruang pada bahagian hujung kondom ketika memasang kondom pada zakar supaya ada ruang untuk sperma ketika terjadi ejakulasi. Jika tiada ruang yang ditinggalkan, kondom mungkin rosak akibat tekanan yang timbul ketika terjadi ejakulasi dari zakar.

4.Geseran antara zakar dan kemaluan wanita akan menyebabkan berlaku tekanan pada kondom. Oleh itu selalu pastikan kemaluan wanita yang ingin anda tusukkan zakar anda telah basah dengan air mazi untuk pelinciran. Elakkan dari menggunakan baby oil, vaseline atau minyak pelincir kemaluan wanita berasaskan minyak. Gunakan pelincir kemaluan wanita berasaskan air.

5.Pelincir kemaluan wanita berasaskan minyak (oil based lube) hanya sesuai untuk kondom jenis Plyurithane, manakala kondom jenis lateks (getah) hanya sesuai digunakan untuk minyak pelincir kemaluan wanita berasaskan air (water base lube).

6.Berhati-hati ketika mengeluarkan zakar dari kemaluan wanita. Selalunya masalah akan timbul bila zakar yang ditarik dari vagina akan menyebabkan sperma melimpah keluar dari kondom. Penyelesaiannya, pegang pada pangkal zakar dan tarik zakar dengan perlahan-lahan dari vagina.

Jadilah lelaki yang bermaruah dan bertanggungjawab pada setiap masa termasuklah sewaktu melakukan hubungan seks! Menggunakan kondom jauh lebih mudah daripada menanggung kesan buruk daripada kehamilan tak dirancang dan penyakit seksual.