4 Tip Mencari Pakaian Sesuai Untuk Lelaki Sado


- 15 May 18
View 78 : Today 1

Lelaki berbadan sado biasanya mempunyai bentuk fizikal berotot yang menarik dan dicemburui ramai lelaki. Namun hakikatnya, mereka juga mempunyai masalah tersendiri. Masalah utama mereka adalah pakaian, masalah ini berlaku kerana lelaki berbadan sado mempunyai ukuran bahu, lengan, dan pinggang yang jauh berbeza dari lelaki normal. Terlalu sedikit jenama yang bersesuaian dengan ukuran bentuk badan yang sado. Kebanyakan pakaian akan bermasalah terlalu ketat dibahagian lengan, dada, dan peha. Berikut adalah 4 tips yang boleh membantu anda memperbaiki gaya anda untuk kelihatan lebih kemas dan segak.

Advertisement

1.Bijak Mencari Nisbah Pakaian
Keseimbangan pemakaian adalah perkara utama peraturan gaya lelaki. Kenyataan ini adalah khusus untuk lelaki berotot. Memakai pakaian yang menonjolkan dada atau kaki yang Sado mungkin kelihatan sesuatu perkara yang dibanggakan tetapi mungkin anda meletakkan penekanan terlalu banyak di bahagian itu. Sebaliknya, carilah cara untuk mewujudkan nisbah dengan menggunakan kaedah seperti berikut:

Lelaki berdada besar perlu ,emakai seluar yang agak longgar dan elakkan terus daripada memakai seluar Skinny jeans. Pemakaian jaket yang tidak berstruktur dan fabrik yang ringan amatlah digalakkan.

Lelaki berkaki besar pula digalakkan memakai baju yang kurang sendat yang akan membantu sedikit sebanyak dalam keseimbangan. Jaket yang berstruktur akan membuatkan anda kelihatan tampak lebih bergaya. Memakai baju yang bercorak mampu menarik perhatian orang ramai kepada bahagian badan anda dan keatas.

2.Cari Jenama Yang Sesuai
Semua jenama pakaian mempunyai saiz tersendiri dan ini memberi kesan yang besar keatas pemilihan saiz terhadap setiap individu. Kewujudan saiz tersendiri oleh jenama-jenama sedia ada adalah untuk memenuhi demografi, lokasi dan gaya tertentu. Ini bermakna banyak pilihan untuk anda. Apa kata pergi ke pusat membeli-belah dan cuba setiap pakaian dari pelbagai jenama sebanyak yang boleh hingga bertemu jenama yang sesuai dengan tubuh. Apabila sekali padanan yang baik ditemui, anda akan dapat menjimatkan masa anda dan wang untuk pembelian pakaian pada masa hadapan.

3.Mempunyai Tukang Jahit Peribadi
Membina hubungan yang kukuh dengan tukang jahit anda akan memberi manfaat yang besar kepada anda. Kebanyakan pakaian yang anda beli tidaklah selalunya sesuai dengan bentuk tubuh badan anda yang berotot. Kesannya, anda perlu mendapatkan pakaian yang ditempah mengikut bentuk badan anda secara spesifik. Sebaik sahaja tukang jahit menyiapkan pakaian anda, kerjasama ini akan kekal secara berterusan dalam membantu menyesuaikan pakaian anda dengan sewajarnya.

4.Membuat Ujikaji
Lelaki mempunyai kencenderungan yang amat tinggi untuk berpegang dengan gaya tertentu untuk jangka masa yang panjang. Jika anda merasakan kurang yakin dengan penampilan anda. Anda haruslah melakukan beberapa eksperimen keatas diri anda. Anda perlulah mencuba beberapa jenis pakaian yang anda tidak pernah terfikir untuk mencuba sebelum ini. Sering memakai seluar jeans? Cubalah pula seluar slack atau cotton dan nilailah perubahan keatas diri anda. Sering memakai T-shirt? Pakailah pakaian berkasual! Lebih banyak anda mencuba lebih banyak anda akan memahami gaya yang bersesuaian dengan anda.

Advertisement