4 Tip Kekal Cergas Ketika Berpuasa


- 18 May 18
View 161 : Today 1

Pejam celik pejam celik, kita sudah menjalani hari ke-2 Ramadhan. Bulan di mana seluruh dunia untuk menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Namun kami akan kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda berpuasa sepanjang 30 hari ini.

Advertisement

1. Jangan terlepas sahur
Bangun sahur adalah satu perkara yang agak sukar, namun kita harus gagahkan diri untuk bersahur setiap hari. Di sahur itu ada keberkatannya, walaupun sekadar hanya memakan sebiji buah kurma. Sahur juga memberi kita bekalan tenaga untuk mengharungi waktu berpuasa tanpa makan dan minum.

2. Minum 3 gelas air kosong ketika sahur
Selain daripada memakan nasi, lauk pauk dan kurma ketika bersahur, perkara paling penting yang TIDAK harus dilupakan ialah meminum air kosong. Sekurang-kurangnya kita harus meminum 3 gelas air kosong untuk memastikan badan kita tidak terhidrat sepanjang berpuasa. Lagi banyak lagi bagus tapi janganlah melampau sangat sampai 10 gelas.

3. Tidur sekejap selepas Zuhur
Sekiranya anda mempunyai masa terluang atau diberi sedikit kelonggaran oleh boss sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda mengambil kesempatan untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur. Dapat tidur dalam 20 minit pun jadi. Ia akan meng”recharge” kembali badan untuk rasa kembali bertenaga. Penat berpuasa pun akan hilang.

4. Berbuka ala kadar
Masa berbuka sememangnya dinanti-nanti oleh kita semua ketika Ramadhan ini. Pastinya banyak lauk pauk dan juadah yang dimasak/dibeli. Namun janganlah kita makan kesemuanya sampai terlalu kenyang. Kalau boleh berbuka itu ala kadar sahaja. Nasi sepinggan beserta satu dua lauk pun dah cukup. Paling penting jangan sampai membazir membeli lauk berbuka di bazar Ramadhan dengan kuantiti yang terlalu banyak.

Advertisement