5 Tip Hubungan Seks Dalam Bulan Ramadan

Bulan Ramadhan biasanya sinonim dengan bulan untuk beribadah dan mengurangkan aktiviti keduniaan termasuk seks. Namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menjauhi seks kerana seks di antara suami dan isteri yang halal merupakan satu ibadah juga. Berikut lima tip hubungan seks dalam bulan Ramadan yang boleh diikuti agar hubungan suami isteri tetap kekal mesra walaupun letih berpuasa.

1. Cari waktu bersesuaian
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan nikmatinya dengan sepuas-puasnya. Jika penat, tidur dulu dan lakukan ketika waktu dinihari sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.

2. Dapatkan rehat secukupnya
Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin anda boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun ketika dinihari untuk melakukan hubungan intim ini. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

3. Jaga stamina
Anda juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.

4. Lakukan seks pantas
Seperti kita maklum, anda dan suami kedua-duanya bekerja dan dalam masa sama menguruskan keperluan anak-anak. Pasti anda keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan hubungan seks. Oleh yang demikian, anda perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya anda mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks pantas yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.

5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum anda bersembahyang isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.

Leave A Reply