Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Tidak ramai orang menggemari bawang putih disebabkan baunya yang kurang menyenangkan. Namun, tahukah anda bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seksual lelaki? Sejak dari zaman dahulu kala para lelaki telah mengamalkan memakan bawang putih mentah untuk menyembuhkan dan menjaga kesihatan seksual mereka dari segi stamina.

Bawang putih menstabilkan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ penting terutamanya penis. Dengan aliran darah yang mencukupi, menjadikan ia dapat berfungsi dengan baik. Bawang putih juga meningkatkan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim.

Menurut kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Alabama di Birmingham, bawang putih menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai hidrogen sulfida yang bertindakbalas dengan sel-sel darah merah. Tindak balas di antara hidrogen sulfida dan sel-sel darah merah ini menyebabkan pembuluh darah menjadi tenang dan lancar.

Selain dari menstabilkan aliran darah ke penis, pembuluh darah yang relaks merupakan langkah pertama dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung. Manakala penemuan oleh John Elrod dan David Lefer, phD dari Albert Einstein College of Medicine, menunjukkan hidrogen sulfida mencegah kerosakan sel-sel dan tisu jantung yang biasanya terjadi dikalangan pesakit jantung.

Bawang putih juga penting untuk kesihatan prostat dengan mencegah kanser prostat, mengecilkan saiz prostat dan melawaskan kencing. Oleh itu, untuk kesihatan menyeluruh mesti ingat untuk makan bawang putih mentah.

Jadi sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan, jangan pandang sebelah mata akan kehebatan khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki. Jika anda mahu berstamina tinggi dan mampu bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan intim, sila beritahu isteri anda supaya memasukkan bawang putih ke dalam masakan pada setiap hari. Tapi jangan lupa menggosok gigi dan sembur pewangi badan untuk meneutralkan baunya yang kuat.