Hukum Bersetubuh Selepas Waktu Imsak


- 30 May 18
View 2,346 : Today 1

Puasa atau dalam bahasa Arabnya, ‘al-siyam, al-sawm’ dari sudut bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala dari segi istilah pula, puasa ialah menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa itu seperti makan minum dan bersetubuh mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat dan mengikut syarat tertentu.

Advertisement

Mengenai bersetubuh pada Ramadan, Allah berfirman, maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.

“Allah mengetahui kamu mengkhianati diri sendiri (iaitu tidak dapat menahan nafsumu), lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhi isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang sudah ditetapkan Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.” (Q 2: 187).

Dalam hal ini, antara penjelasan Zain al-Abidin al-Fatani dalam Kashf al-Litham (I: 104) ialah; ‘jika naik fajar dan dalam mulutnya itu tiada makanan ditelan atau ia sedang berjimak maka ketika itu ia mengeluarkan qasad (niat) untuk meninggalkan jimak nescaya sah puasanya dan jika keluar mani sekalipun kerana jadinya daripada mubasharah (persetubuhan) yang harus.’

Maka persetubuhan itu tidak membatalkan puasa kerana berlaku sebelum waktu fajar (Subuh) iaitu selepas waktu imsak. Bagaimanapun, waktu imsak yang difahami sekarang sebagai waktu akhir pada malam hari puasa (iaitu 10 minit sebelum fajar) yang tidak boleh makan minum dan lain-lain pekerjaan yang membatalkan puasa.

Ia ditetapkan bagi memastikan supaya kita tidak terlanjur sehingga melakukan perkara membatalkan puasa. Walaupun sah berpuasa dalam hadas dan ia adalah kering, kita sepatutnya mandi hadas besar untuk menunaikan solat Subuh.

Advertisement