9 Kesan Buruk Pengambilan Gula Pada Badan


- 11 Jun 18
View 88 : Today 6

Hari raya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pastinya dinanti oleh muslimin dan muslimat. Pastinya ramai yang akan mengambil peluang untuk menjamu selera dengan makanan dan minuman bergula selepas sebulan berpuasa. Namun awas, ada 9 kesan negatif daripada pengambilan gula yang berlebihan.

Advertisement

1.Kegemukan
Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

2.Kencing manis
Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

3.Tekanan darah tinggi
Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

4.Menjejaskan kekebalan badan
Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?

5.Penyakit jantung
Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien. Pengaliran darah yang kurang lancar ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.

6.Terlalu aktif
Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

7.Ketumbuhan tumor
Masalah ini akan menyerang pesakit kanser. Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan. Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

8.Kerapuhan tulang
Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan. Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

9.Proses penuaan
Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

Advertisement