3 Amalan Tun Mahathir Untuk Panjang Umur


- 12 Jun 18
View 329 : Today 1

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat mendapati seseorang individu mampu untuk hidup sehingga ke usia 90 jika mereka sentiasa sihat, aktif dan bahagia. Laporan tersebut mendapati 25 peratus daripada mereka yang hidup lama adalah disebabkan faktor genetik selain mempunyai gaya hidup sihat.

Advertisement

Sementara itu, lelaki berusia 70 tahun yang tidak pernah merokok, mempunyai tekanan darah baik dan berat badan ideal mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup sehingga usia 90 tahun.

Mungkin faktor-faktor tersebut menjadi penyumbang kepada usia panjang Tun Mahathir yang berumur 93 tahun. Beliau yang masih boleh menunaikan solat dengan berdiri mengakui mempunyai beberapa amalan untuk kekal cergas dan sihat sehingga kini.

Tun Mahathir gemar bersenam seperti berjalan atas treadmill, mengangkat dumbell pada waktu pagi dan latihan pernafasan.

Menurut temuramahnya dengan akhbar The Sunday Times pada 2017, ada tiga amalan Tun Mahathir untuk mencapai usia panjang dengan izin Allah iaitu tidak mengisap rokok, tidak minum arak dan tidak makan terlalu banyak.

Tun Mahathir turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya iaitu berhenti sewaktu tengah sedap menjamah makanan. Jelas beliau, kecenderungan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.

Beliau juga sentiasa menjaga kesihatan jantung kerana ia merupakan organ penting. Jantung bekerja sepanjang masa bermula dari dalam rahim sehingga ke akhir hayat. Oleh itu beliau sentiasa menyeimbangkan kesihatan dengan mengelakkan daripada bekerja terlalu banyak.

Tun Mahathir sentiasa memastikan berat tidak melebih 64 kilogram. Menurut beliau, apabila saiz badan kecil, jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan mudah dan beliau masih boleh menyarung seluar yang dibeli empat dekad lalu.

View 329 : Today 1
Advertisement