6 Petua Tradisional Rawat Darah Tinggi


- 20 Jun 18
View 302 : Today 1

1.Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.

Advertisement

2.Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

3.Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

4.Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.

5.Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

6.Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

View 302 : Today 1
Advertisement