Senaman Kemut Untuk Zakar

Senaman kemut biasanya dikaitkan dengan wanita sahaja tetapi ia juga boleh memberi manfaat kepada lelaki. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dalam keadaan duduk dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil. Antara khasiat senaman kemut untuk zakar adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar. Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar. Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

Leave A Reply