Punca Dan Rawatan Barah Usus

Barah kolorektal yang juga dikenali sebagai kanser usus adalah di antara penyakit kanser yang paling banyak menyerang lelaki di negara ini. Penyakit ini pula paling tinggi menyerang kaum Cina. Setiap tahun di seluruh dunia, 655,000 kematian dilaporkan akibat kanser ini. Kanser usus menjadi kes kanser ketiga yang paling utama dan penyebab kematian kedua di Barat.

Advertisement

Di Asia, terutama di Jepun dan Singapura, jumlah kes kanser semakin meningkat dalam tempoh sedekad lalu. Kanser usus juga telah mengambil alih kanser paru-paru sebagai kanser utama yang menyerang lelaki. Dahulu, kanser usus bukanlah sesuatu yang biasa di Jepun, Singapura atau negara Asia yang lain.

Satu teori yang dikaitkan adalah diet mereka kini bertukar mengikut diet masyarakat barat. Mereka kurang makan makanan yang berserat, banyak makan daging dan minum alcohol. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa peratusan kanser kolon semakin meningkat di Malaysia, Singapura dan Jepun.

Kanser boleh sembuh kalau disedari lebih awal. Inilah mesej yang sentiasa diberi para doktor. Tetapi pesakit mungkin memerlukan beberapa jenis rawatan. Rawatan untuk kanser adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar. Jika kanser usus disedari pada peringkat awal dan tidak merebak, ia boleh disembuh.

Jika disedari pada peringkat lewat, peluang untuk sembuh adalah kurang cerah. Rawatan berlainan diperlukan bagi peringkat awal dan peringkat lanjut dengan kaedah yang berbeza. Doktor akan melihat berapa lama pesakit boleh hidup dalam masa lima tahun. Doktor tidak melihat kepada jangka hayat mereka tetapi bagaimana mereka dapat bertahan. Adakah mereka selesa atau sebaliknya.

Pakar onkologi perlu menilai beberapa aspek sebelum membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik bagi pesakit. Pembedahan merupakan pilihan atau pilihan utama manakala kemoterapi atau radioterapi dicadangkan bergantung kepada keadaan pesakit dan faktor perubatan yang lain.

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin terdengar tentang satu atau dua kaedah rawatan kanser tetapi doktor mungkin menggabungkan beberapa jenis terapi bukan sahaja untuk membuang kanser tersebut, juga untuk memastikan bahawa kanser tersebut tidak akan kembali.

Ini membantu sel-sel tersebut menjadi ‘sasaran’ dan dilemahkan, lantas membantutkan pembesaran kanser itu.Rawatan seperti ini adalah pencapaian yang signifikan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional seperti kemoterapi yang membunuh semua sel yang ada.

Rawatan ini diasaskan kepada pemahaman bahawa sel-sel kanser membesar lebih cepat daripada sel normal, jadi sel kanser akan binasa terlebih dahulu. Bagaimanapun ada sel lain yang membesar dengan cepat seperti sel usus, sum sum tulang, folikel rambut dan rahim. Ini juga akan binasa.

Adalah tidak benar kanser usus tidak boleh dihalang. Ini kerana amaran awal seperti kehadiran tanda dan gejala seperti polip boleh dibuang sebelum kanser tersebut membesar dan merebak. Kebanyakan kes kanser usus di Malaysia melibatkan mereka yang berumur lebih 40 tahun.

Ia juga merupakan satu mitos bila dikatakan rawatan kanser membinasakan kedua-dua sel normal dan sel kanser. Hakikatnya, doktor mempunyai pilihan rawatan seperti pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan terapi sasaran. Kesan sampingan seperti rasa mual dan muntah boleh dikawal.

Ramai juga yang menjalani rawatan alternatif kerana mereka percaya rawatan alternatif boleh menyembuh barah. Tetapi mereka harus sedar bahawa kaedah rawatan kanser perlu melalui ujian yang intensif dan pembuktian secara saintifik sama ada mujarab atau sebaliknya. Sehingga kini, tiada ujian dan pengesahan berhubung keberkesanan perubatan alternatif dalam merawat kanser.

Advertisement