Merawat Buasir Dengan Bawang Putih

Buasir adalah keadaan yang berlaku apabila terjadinya pembengkakan pada bibir anus atau di kawasan perimeter yang mengelilingi lubang dubur. Jika pembengkakan berterusan dan keterlaluan, ia boleh menimbulkan pendarahan. Keadaan yang berlanjutan tanpa rawatan boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak sehingga mengakibatkan gejala anemia atau kurang darah.

Umumnya gejala yang dirasakan pertama kali adalah muncul bintil merah disekitar dubur, rasa perit dan pedih ketika selesai buang air besar, bahkan mengeluarkan lendir dan sakitnya boleh menjalar hingga ke punggung. Untuk itu, jika mengalami gejala seperti itu perlu dilakukan rawatan secara intensif agar buasir cepat di atasi. Ada beberapa tumbuhan yang mujarab merawat buasir secara semulajadi. Salah satunya bawang putih.

Ada baiknya sebelum di ubati menggunakan bawang putih, terlebih dahulu harus mengetahui punca mengapa buasir berlaku. Kerana dengan mengetahui penyebabnya lebih mudah menanganinya. Ada beberapa perkara yang membuat buasir datang menganggu kesihatan tubuh iaitu:

1.Terlampau lama duduk dan melakukan aktiviti dengan berjam-jam dalam posisi duduk membuat terjadi pelebaran pada dubur.

2.Disebabkan cirit-birit yang berpanjangan dan selalu buang air mengakibatkan kekurangan cecair dan berpengaruh pada dubur. Jika tidak ada lagi cecair yang di perlukan tubuh, pelincir yang berasal dari air dan serat yang di makan akan habis sehingga terlampau sering buang air besar membuat buasir akan keluar.

3.Sukar buang air besar setiap hari kerana sering mengalami sembelit sehingga sukar buang air besar. Pola makan yang tidak sihat sehingga menyebabkan sembelit.

4.Sering mengangkat benda yang berat dan ini banyak terjadi kepada pekerja yang melakukan kera-kerja berat dan membuatkan bahagian duburnya terdorong keluar.

Jika anda sudah mengetahui penyebabnya, anda baru boleh mengetahui cara mengubati buasir berdarah secara semulajadi dan boleh melakukan rawatan baik dari luar maupun dari dalam.

Untuk rawatan dari luar, anda boleh menggunakan bawang putih tersebut dengan cara di tumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air. Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.

Apabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.

Dengan menggunakan tumbuhan seperti bawang putih merupakan salah satu cara terbaik untuk merawat buasir secara semulajadi. Namun jangan lupa meminum air putih 2 liter setiap hari. Kerana bawang putih dan air putih sangat besar pengaruhnya untuk mempercepatkan penyembuhan buasir. Bagi anda yang sedang menderita buasir masa ini, boleh mencuba resipi mujarab ini.