6 Petua Tradisional Memecah Batu Karang

Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur dan jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan ‘batu’. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic iaitu sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Terdapat juga beberapa petua yang dapat diamalkan bagi yang ingin mencuba kaedah alternatif secara semulajadi:

1.Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut. Hari ke-6 jangan makan malam, tetapi pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom. Kemudian pukul 10 malam campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon yang segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan dengan jus lemon dan minum. Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

2. Jus tembikai dan prune
Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.
Pastikan 1 biji tembikai tersebut mesti dihabiskan dalam masa 24 jam selama 3 hari berturut-turut (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air). Sebelum minum selawat 3x dan niatkan untuk kesembuhan penyakit tersebut.

3.Nenas
Kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. Atau cari sulur nenas dan campurkan dengan gula batu kemudian minum setiap hari sehingga tiada batu karang tersebut.

4. Lobak putih
Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air lobak putih adalah tajam.

5. Air Kelapa
Amalkan minum air kelapa setiap hari tak kira yang muda atau tua tanpa campur ais,gula atau garam. Insya Allah batu akan hancur dan keluar sendiri.

6. Minyak Zaitun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar air perahan limau nipis
4 cawan air masak
Caranya:
Minum 1 sudu minyak zaitun.
Campurkan 1 sudu besar air perahan limau nipis ke dalam secawan air (tanpa gula) dan
minum bersama 3 cawan lagi air masak.  Insya Allah ia mampu jadi ikhtiar untuk hancurkan dan keluarkan batu karang.

Selain itu bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
-Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
-Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
-Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
-Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan     pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
-Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging,   strawberi, koko, coklat dan teh.
-Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
-Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
-Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-   tumbuhan.
-Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Leave A Reply