Seks Bukan Sekadar ‘Keluar’ Dan ‘Masuk’


- 3 Jul 18
View 4,438 : Today 1

Menurut data klinikal, terdapat ramai di kalangan lelaki negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.

Advertisement

Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat kepada satu posisi, walaupun telah mempunyai ramai anak.

Kebanyakan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak.

Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual ini terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang ramai anak tanpa mengira usia dan latar belakang.

Ramai yang menganggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama.

Kedangkalan pengetahuan lelaki terhadap seks dan naluri wanita selain ego menyebabkan pasangan lelaki sering bersikap dominan semasa melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kepuasan pasangan masing-masing.

Tindakan mereka mengabaikan kepentingan bermesra sebagai mukadimah sebelum meneruskan aksi seterusnya dikira sebagai kegagalan kerana tidak mengambil kira teknik hubungan seks sebenar.

Masih ramai lelaki yang beranggapan aspek kemesraan sewaktu bersama sebagai isu remeh, membebankan lantas ada yang menganggapnya tidak perlu. Terdapat sebahagian daripada lelaki tidak mempedulikan perasaan pasangan, asalkan diri sendiri mencapai kepuasan.

Menurut beliau, suami pula kerap menyalahkan isteri jika tidak lagi terangsang tetapi keupayaan mereka sebenarnya dilemahkan oleh pelbagai penyakit. Setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri.

Tidak ramai lelaki yang bersedia bercerita masalah seksual mereka dan menjalani pemeriksaan kerana bersikap ego. Sebaliknya, mereka lebih gemar mencari jalan keluar dengan mengunakan ubat-ubatan kampung dan kaedah yang lebih membahayakan kesihatan.

Bilangan anak dan teknik hubungan merupakan dua perkara berbeza. Hubungan seks bukan sekadar masuk dan lepaskan sahaja dan kegagahan seseorang lelaki juga tidak diukur daripada faktor fizikal.

Ini kerana ramai lelaki yang nampak gagah serta mengaku mampu bertahan lama di ranjang tetapi sebenarnya tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada pasangannya seolah-olah beraksi seorang diri sahaja.

Kebanyakan lelaki hanya mengetahui masalah ini semasa mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila dikesan secara tidak langsung ketika mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit lain selepas melakukan saringan darah.

Melalui saringan ini, kakitangan perubatan boleh kesan pelbagai masalah seperti jantung, kolestrol dan hormon memberi kesan kepada kemampuan seks, penyakit mati pucuk, masalah saiz zakar serta testis.

Sesetengahnya dikesan tidak mengetahui cara sebenar teknik seks berkesan walaupun telah mempunyai ramai anak. Hanya semasa sesi rawatan pesakit akan menceritakan masalah seks mereka yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini kerana menganggapnya sulit.

Lelaki perlu mengubah sikap ego dan malu tidak bertempat ini untuk kebaikan pasangan iaitu isteri dan rumahtangga. Sikap mementingkan diri termasuk dalam hubungan seks hanya membawa keburukan dalam perhubungan.

View 4,438 : Today 1
Advertisement