3 Makanan Yang Merosakkan Seks Suami Isteri


- 9 Jul 18
View 2,215 : Today 1

Makanan memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan. Makanan akan menghasilkan bahan kimia tertentu di dalam badan dan bahan kima yang tidak baik jika berlebihan pasti boleh merosakkan mood anda untuk mengadakan hubungan seks.

Advertisement

Berikut adalah tiga jenis makanan yang boleh merosakkan mood anda atau pasangan anda untuk melakukan hubungan seks.

1. Alkohol akan membuatkan anda khayal dan tidak dapat berfikir secara waras. Bagi umat islam sudah tentu penggunaan alcohol adalah tidak boleh sama ada di dalam makanan atau minuman. Bagi bukan islam, saya nasihatkan anda untuk mengurangkan pengambilan alcohol kerana ia memberi kesan kepada pemikiran dan ingatan. Penggunaan alkohol secara berpanjangan juga boleh menjadikan anda seorang pemarah dan tertekan dan dua perasaan ini pastik merosakkan hubungan suami isteri.

2. Memang daging penting untuk sumber tenaga. Namun, jika anda ambil ia secara berlebihan, ia akan memberi masalah pada anda. Memakan daging terlalu banyak akan menyebabkan anda malas untuk bergerak, fikiran tidak tenang dan anda akan jadi lebih agresif. Kurangkan pengambilan daging kerana ia akan menyebabkan anda menjadi pasif dan lembab untuk mengadakan hubungan seks.

3. Makanan segera banyak mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet yang tidak elok bagi sistem pembiakan. Pengambilan makanan segera seperti makanan sejuk beku atau dari restoran makanan segera yang terlalu kerap akan melemahkan sperma dan boleh menjadi punca kepada kemandulan.

Ketiga-tiga jenis makanan di atas jika di ambil terlalu banyak boleh merosakkan mood anda untuk adakan hubungan seks. Untuk prestasi seks yang lebih hebat, elakkan dari memakan terlalu kerap jenis makanan di atas.

Advertisement