5 Petua Mudah Hilangkan Sakit Gigi


- 11 Jul 18
View 282 : Today 1

Sakit gigi merupakan antara sakit yang paling menyakitkan di dunia kan? Kadang-kadang bila sakit itu datang pada waktu tengah malam, ia membuatkan pesakit tidak dapat tidur. Di sini dikongsikan lima cara mudah yang boleh dilakukan apabila diserang sakit gigi. Antaranya ialah:

Advertisement

1. Kumur dengan Air Garam
Cara paling mudah dan ringkas. Insyaallah lepas kumur mesti akan rasa lega sikit.

2. Rebusan Daun Serai
Ambil daun serai dan tumbuk sehingga hancur. Tambahkan air suam dan campurkan sedikit garam. Kemudian, berkumurlah sehingga sakit semakin kurang.

3. Tomato Muda
Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis-nipis. Masukkan tomato tadi ke dalam kawasan yang sakit (gigi berlubang). Jika gigi anda sememangnya ada ulat, ulat akan keluar ke arah tomato tadi

4. Habbatussauda
Habbatussauda memang banyak kebaikannya. Begitu juga untuk gigi yang sakit. Caranya; ambil serbuk habbatussauda dan lumurkan atau sumbat-sumbatkan ke tempat yang sakit. Insha’ Allah sakit akan berkurang.

5. Bunga Cengkih
Ambil 3 hingga 5 kuntum bunga cengkih dan kemam dalam beberapa tempoh. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan masukkan serbuknya ke dalam lubang tersebut.

Petua di atas sememangnya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, Tetapi, jika sakit melarat lebih baik jumpa doktor.

View 282 : Today 1
Advertisement