5 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Berhenti Merokok

Merokok bukan sahaja sesuatu yang memudaratkan kesihatan anda tetapi ia juga menelan perbelanjaan yang banyak. Disebabkan itu ramai yang berazam untuk berhenti merokok. Namun demikian, ini bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan. Ramai yang pernah mencuba tetapi kecundang kerana tidak mampu menahan ketagihan. Atau, sudahpun terikat dengan sikap dan kebiasaan merokok. Ada beberapa tips mengenai cara untuk berhenti merokok, yang boleh anda cuba.

1.Selalu berus gigi
Cara berkesan yang lain pula adalah untuk sering bergosok gigi. Ini akan menyebabkan mulut anda akan sentiasa berasa segar. Jika mulut yang selalu segar, anda tidak akan merasakan untuk merokok.

2. Makan gula-gula
Bekas perokok selalu akan merindukan atau sudah terbiasa dengan rasa “mint” di dalam mulut sewaktu merokok. Memikirkannya sahaja boleh mengundang rasa ingin merokok. Bagi mengelakkan perkara sebegitu daripada berlaku, lebih baik jika anda membawa gula-gula kurang manis.

3. Bawa pensel
Jika anda seorang yang sering merokok dan sudah terbiasa dengan membawa rokok antara jemari anda, memang sudah untuk meninggalkan kebiasaan itu dan anda mungkin tergoda untuk memegang sebatang rokok dan menghisapnya. Dengan membawa sebatang pensel, ia seakan-akan anda sedang membawa sebatang rokok tetapi bukan!

4. Tidur secukupnya
Tidur dengan secukupnya dan elakkan daripada melakukan kegiatan yang mengakibatkan tekanan yang tinggi buat diri anda. Dengan tekanan yang tinggi, anda lebih tertarik dan terdorong untuk menghisap rokok. Selain itu juga, elakkan meminum kopi kerana ia juga terkait dengan merokok.

5. Meditasi atau tafakur
Tekanan selalunya mendorong orang untuk merokok, dan cara yang paling mudah untuk mengelakkan tekanan adalah untuk melakukan meditasi dan kawal kemarahan anda. Hanya dengan bertenang, anda tidak akan merasakan untuk merokok.