4 Cara Untuk Kekalkan Tarikan Seksual Suami Isteri

Jika hilang tarikan seksual di antara suami isteri, hilanglah seri rumahtangga kerana pasangan tidak lagi dipandang ghairah. Akibatnya ramai suami atau isteri yang beralih pandangan kepada orang ketiga yang boleh mengundang kepada keruntuhan ikatan perkahwinan yang halal. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda boleh amalkan empat cara berikut untuk mengekalkan tarikan seksual di antara satu sama lain.

1.Bersenam. Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan ketagih padanya.

2.Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda. Semasa bersetubuh, fokuskan minda dan tubuh anda untuk memuaskan pasangan anda kerana cinta dan bukannya kerana tanggungjawab semata-mata. Begitu juga di luar hubungan seks, sentiasa beri tumpuan kepada pasangan anda seperti anda mula-mula bercinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.

3. Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda. Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan anda. Jangan hanya mengharap isteri berpakaian seksi, sedangkan suami selekeh. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing-masing.

4.Jangan anggap diri tua. Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa anda suka.