8 Tip Saintifik Menjadi Lelaki Menarik

Menjadi lelaki yang menarik pada pandangan mata wanita bukanlah satu perkara yang sukar jika anda tahu caranya. Tidak perlu menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk mencipta pesona palsu yang akan menarik cinta palsu. Berikut adalah 8 tip saintifik yang mudah dan pantas untuk menjadi lelaki idaman wanita.

1.Meniru gerak geri individu yang anda minati
Menurut kajian, seseorang yang meniru gerak geri pasangannya secara halus kelihatan lebih menarik di mata pasangannya itu. Ini kerana bahasa badan atau body language merupakan cara berkomunikasi yang kuat dan sangat penting pada peringkat awal tarikan fizikal, kerana ia membantu untuk meyakinkan orang lain bahawa anda berkongsi banyak persamaan.

2.Menjadi seseorang yang pandai berjenaka
Kajian mendapati bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuat mereka ketawa. Kesan jenaka menjadi satu tarikan kepada wanita dan ia dijelaskan oleh fakta bahawa mereka yang pandai berjenaka dianggap lebih bersosial dan lebih pintar. Menurut seorang ahli antropologi, Gil Greengross, ciri ini juga merupakan sesuatu yang wanita cari dari pasangan.

3.Berinteraksi bersama bayi atau kanak-kanak
Lelaki yang pandai berinteraksi bersama bayi adalah tiga kali lebih menarik. Ia kerana perwatakan dan tindakan itu memberi gambaran seolah-olah mereka akan menjadi seorang bapa yang baik pada masa hadapan yang sangat disenangi wanita.

4.Berjambang halus dan kemas
Mengikut kajian, wanita mendapati lelaki yang mempunyai jambang nipis kelihatan lebih menarik daripada janggut penuh, atau wajah sepenuhnya bercukur licin. Ia kerana jambang menunjukkan keseimbangan dan tahap maskulin yang tinggi.

5.Menjauhi perbualan kosong
Sebuah kajian yang dijalankan oleh seorang pakar psikologi, Arthur Aron di State University of New York berkata mereka yang bertanyakan tentang perkara yang penting akan rasa dekat dengan satu sama lain dan kemungkinan akan jatuh cinta.

6.Menjadi ketua atau pemimpin
Semua orang sukakan kuasa. Sebuah kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati bahawa mereka yang memimpin sesebuah kumpulan adalah lebih menarik daripada ahli kumpulan lain.

7.Lebihkan senyuman
Sebuah kajian di Switzerland mendapati bahawa mereka yang sering senyum kelihatan lebih menarik berbanding mereka yang tidak. Jadi, senyum tak perlu kata apa-apa.

8.Menjadi seorang yang baik hati
Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2014 mendapati bahawa mereka bersikap baik hati mempunyai ciri-ciri positif dan tarikan wajah yang lebih tinggi.

Leave A Reply