5 Jenis Zat Makanan Yang Penting Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Terdapat lima jenis zat makanan yang terbukti penting dan dapat membantu kesihatan tubuh dan minda lelaki termasuk seksual. Jika anda mengambil lima jenis zat makanan ini dengan secukupnya pada setiap hari, kehidupan seksual anda pasti akan menjadi lebih baik. Sama ada zat-zat makanan ini diambil melalui makanan semula jadi atau makanan tambahan, ia dapat membantu mencegah masalah mati pucuk yang menjadi musuh utama kaum lelaki. Berikut adalah lima jenis zat makanan yang penting;

1. Vitamin B3
Vitamin B3 atau niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu utk hormon seksual.Nak tahu kenapa? kekurangan dalam vitamin B3 ini akan menjadikan anda mengalami masalah dengan ghairah seks dan menggangu kemampuan ereksi seorang lelaki, jadi kalau sistem peredaran darah tak bagus maka akan menggangu hidup anda. Makanan yang kaya vitamin B3 seperti cendawan, ayam, tuna mampu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada anda!

2. Vitamin B6
Vitamin B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk rangsangan seks lelaki selain mampu menaikkan libido wanita. Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam avocado dan telur.

3. Vitamin C
Brokoli, dan sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang
mudah didapati dimana mana. Peranan vitamin C beserta beta kerotina yang terkandung dalam bahan bahan tersebut adalah antioksidan yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.

4.Vitamin E
Membantu dalam penghasilan hormon seks untuk meningkatkan penampilan, mood dan kehendak. Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin khusus utk seks. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau. Selain itu, vitamin E ini juga merupakan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Almonds, kekacang dan bayam satu permulaan yang menarik!

5. Zat Besi
Zat besi adalah merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Mana nak dapatkan sumber zat besi? Anda boleh cuba tiram! Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual kerana kandungan sejenis hormon,iaitu dopamine. Tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Pengambilan tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Tak suka tiram? Anda boleh cuba Stik sirloin!