5 Senaman Wajib Untuk Bina Badan


- 23 Jul 18
View 183 : Today 1

Membina badan sebenarnya mudah. Pastikan pemakanan yang cukup, latihan yang dibuat mempunyai konsep “overload”, dan sabar menunggu hasil. Jangan tinggalkan mana-mana proses! Anda tidak akan berjaya jika anda meninggalkan salah satu daripada tiga faktor penting ini iaitu pemakanan, latihan, dan sabar.

Advertisement

Ada 5 jenis senaman paling utama dan wajib anda lakukan, sama ada untuk membina badan, mahupun membakar lemak. Ia akan membantu anda untuk membina otot dengan cepat dan membakar lemak secara berkesan!

1.Push Up (Bodyweight/Weighted)

Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas! Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya, dan lebih hebat! Push up mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada, dan triceps.

2.Dip (Bodyweight/Weighted)

Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip untuk beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatile! Anda boleh lakukan hampir di mana-mana sahaja, di rumah, di pejabat, di taman permainan. Kelebihannya adalah hampir sama dengan bench press.

3.Lunges (Bodyweight/Weighted)

Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah! Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, ini adalah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat dalam hidup mereka.

4.Chin Up (Bodyweight/Weighted)

Kalau anda kena pilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang anda, saya akan cadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh dapat back yang kembang seperti kepak. Tengok sahaja atlit-atlit bar seluruh dunia yang bertaraf professional. Semuanya mempunyai bentuk back dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!

5.Burpees (Bodyweight/Weighted)

Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung, dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda. Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.

Advertisement