5 Jenis Makanan Untuk Mencegah Barah

Kanser merupakan penyakit yang paling banyak dihidapi lelaki. Dari segi pemakanan, ada beberapa jenis makanan yang boleh mencegah kanser. Berikut merupakan jenis makanan yang terbaik dan bagus untuk menghalang barah:

1)Tomato
Banyakkan makan tomato. Tomato dapat memberi perlindungan kepada lelaki untukmencegah dari terkena kanser prostat. Kanser prostat merupakan pembunuh kedua selepas penyakit jantung. Penyakit ini banyak meragut nyawa lelaki. Disarankan agar makan tomato lebih kurang2-4 kali seminggu.

2) Tiram
Makan 2,3 ekor tiram untuk membekalkan sperma yang secukupnya. Jangan ambil secara berlebihan kerana ia juga boleh mendatangkan risiko.

3)Brokoli
Brokoli dapat mencegah individu daripada kanser pundi kencing. Kajian mengatakan brokoli lebih berkesan 2,3 kali ganda terhadap lelaki berbanding wanita. Selain itu, lelaki yang makan 5 hidangan ini setiap minggu dikatakan boleh mengelakkan kanser pundi kencing.

4)Mentega kacang
Walaupun kandungan lemak pada kacang tinggi, tetapi ia baik untuk di makan bagi mencegah penyakit. Jangan ambil terlalu banyak. Sekurang-kurangnya, dalam seminggu ada ambil mentega kacang.

5)Tembikai
Amalkan makan tembikai. Buah tembikai kaya dengan potassium untuk mengelakkan risiko tekanan darah tinggi dan angin ahmar.