Bahaya Asap Rokok Kepada Bayi Dan Kanak-Kanak


- 2 Aug 18
View 1 : Today 1

Adakah anda seorang perokok dan mempunyai anak yang masih bayi atau di bawah umur? Menurut kajian perubatan yang telah disahkan, kanak-kanak dan bayi adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa. Bayi dan kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.

Advertisement

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4 000 bahan kimia merbahaya dan sekurang-kurangnya 60 agen penyebab kanser. Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya. Asap rokok yang meresap melalui darah akan melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi bayi.

Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida. Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen mencukupi kepada bayi.

Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida.

Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara purata, asap rokok yang dihidu semasa kehamilan akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.

Jika orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Ini bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa.

Bentuk paru-paru kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan perlu dijaga untuk elak kesan buruk jangka panjang. Hampir 90 peratus daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dengan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, ia adalah pemahaman yang salah. Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan yang negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker.

Persoalannya kini adalah, adakah kita mahukan anak-anak kita berdepan pelbagai penyakit pada usia yang awal?

View 1 : Today 1
Advertisement