Halba Membantu Kesihatan Seksual Lelaki


- 14 Aug 18
View 1 : Today 1

Mungkin masih ada yang belum tahu tentang kebaikan dan khasiat halba untuk kesihatan kerana ia adalah sejenis rempah ratus yang sering digunakan dalam berbagai jenis masakan. Sebenarnya halba mempunyai banyak kebaikan untuk manusia selain untuk masakan.

Advertisement

Khasiatnya telah terbukti dengan jelas selepas ramai yang menggunakannya dalam perubatan.  Teh halba yang dicampur dengan madu boleh mengurangkan ketagihan rokok dan dadah. Ia juga boleh membantu merawat penyakit anemia atau kurang darah merah.

Halba juga adalah ramuan tradisional menambahkan nafsu syahwat lelaki dan wanita. Herba yang berbau harum ini sangat baik untuk lelaki iaitu dapat meningkatkan hormon testosterone, merangsangkan keinginan dalam hubungan, elakkan ejakulasi awal dan mampu meredakan kesakitan di bahagian prostat.

Manakala untuk kaum wanita, rempah ajaib ini juga boleh merangsangkan hormon estrogen yang meningkatkan pengeluaran susu ibu dalam jangka masa dua hari sahaja dengan penghasilan yang banyak.

Selain itu ia juga memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba juga merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Cara Penggunaan Halba
Halba boleh diminum seperti minuman teh dan cara untuk meminumnya hanya mengambil satu sudu teh dan masukkan dalam cawan. Campurkan sedikit air panas dan ianya perlu direndam semalaman sebelum diminum pada waktu pagi.

Anda boleh mengamalkan minuman ini pada setiap hari untuk hasil yang lebih berkesan. Air rendaman halba juga boleh diminum bersama sedikit madu yang akan menambah rasa manis selepas dicampurkan dengan manisan ini.

Bagaimana Nak Dapatkan Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah dibungkus secara komersil di pasar raya. Petua membeli halba yang elok adalah dengan pastikan anda membeli halba yang terbaik iaitu yang berwarna kekuningan seperti emas, berbau dan agak keras.

Elakkan terbeli halba yang telah disimpan lama, dikhuatiri dijangkiti kulat yang akhirnya menghilangkan rasanya yang sebenar. Pastikan anda menyimpan halba di dalam bekas kedap udara supaya kesegarannya dapat dikekalkan walaupun beberapa bulan lamanya tersimpan. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah kencing manis atau diabetes boleh juga cara ini.

Cara-caranya:
-Halba perlu digorengkan dengan tanpa minyak dan tidak hangus.
-Masukkan halba tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan air panas.
-Biarkan air rendaman halba itu menjadi suam sebelum ia diminum begitu sahaja.
-Jika minuman rendaman air halba ini selalu diamalkan, akan dapat membantu menghilangkan kesakitan atau penyakit yang dialami dengan mujarab.

Advertisement