Kehebatan Viagra Bawa Padah


- 16 Aug 18
View 1 : Today 1

Hati-hati apabila menggunakan ubat perangsang seks yang tidak didaftar dengan KKM. Boleh membawa bahaya, kecederaan malah maut!

Advertisement

Seorang lelaki di India yang mengambil pil Viagra cedera selepas anaknya melompat di atas kemaluannya ketika mahu mengejutkannya bangun daripada tidur

Mail Online melaporkan, kejadian itu disiarkan dalam British Medical Journal Case Reports oleh seorang doktor yang memberitahu lelaki berkenaan mengalami patah zakar.

Pesakit berusia 36 tahun yang tidak dinamakan itu berjumpa doktor dua hari kemudian mengadu mengenai keadaan zakarnya yang bengkok, bengkak dan sangat sakit.

Lelaki berasal dari Uttar Pradesh mengaku dia mengambil 100 miligram sildenafil yang dinamakan sebagai Viagra pada malam sebelum kecederaan itu berlaku.

Selepas melakukan hubungan seks dengan isterinya, zakar lelaki itu masih tegang dan dia terus tidur dengan harapan ia kembali normal pada sebelah paginya.

Bagaimanapun, pada sebelah pagi, anak lelakinya secara tidak sengaja terjatuh di atas kemaluannya yang sedang tegang menyebabkan organ itu cedera.

Doktor kemudiannya segera melakukan pembedahan membaiki kerosakan pada tisu di kemaluan lelaki itu.

Dr Deepanshu Sharma yang merawat pesakit itu memberitahu, selepas menjalani rawatan selama enam minggu, kemaluan lelaki berkenaan kembali berfungsi dengan normal.

Advertisement