Cincin Kelamin, Adakah Perlu Untuk Seks?


- 20 Aug 18
View 1 : Today 1

Tidak lama dahulu, banyak kes mengenai lelaki yang terlekat zakar akibat menggunakan cincin zakar atau cincin kelamin dipaparkan di dalam akhbar. Hinggakan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong alat tersebut yang memerangkap organ intim lelaki.

Advertisement

Apakah fungsi sebenar cincin zakar ini dan adakah ia selamat? Cincin kelamin ini dikatakan direka khas untuk membantu masalah zakar yang mati pucuk, mahupun zakar yang tidak dapat tahan lama lalu cepat ereksi (cepat terpancut).

Ada juga kepercayaan yang mengatakan cincin zakar atau cincin kelamin ini mampu memantapkan ereksi, mengekalkan ketegangan dan petua tahan lama.

Oleh sebab zakar adalah satu organ intim yang komplek, di mana ereksi hanya akan terjadi jika darah dipam dengan mencukupi untuk “membina” tekanan, maka cock ring dikatakan mampu “menyekat” dan “menahan” aliran darah ini agar tidak hilang dari zakar.

Walaubagaimanapun, tanpa lelaki sedar, pemakaian cock ring mereka sebenarnya salah dan ia mengundang bahaya! Sepatutnya, sebelum anda terburu-buru mendapatkan cincin kelamin ini, anda patut berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah anda.

Cincin zakar tidak akan dapat membantu jika anda tidak benar-benar faham apa masalah yang dialami. Namun menurut Pakar Sakit Tuan terkemuka, Dr. Ismail Tamby, itu sebenarnya hanya tipu helah dan taktik untuk mencari wang ringgit dengan senang.

Mereka sanggup menjual maruah dan memberi derita kepada yang orang membeli alat itu. Individu yang terdesak akan membeli tanpa usul periksa dan kemudian mengalami masalah.

Untuk makluman, cincin dan gelang yang keras apabila ditambat kepada pangkal zakar ketika zakar separa tegang akan menahan darah. Jika kebetulan zakar membesar dan cincin atau gelang itu tertambat serta sukar ditanggalkan, ia memberi masalah kepada perjalanan darah ke dalam zakar.

Apabila perjalanan darah tersekat, tisu dalaman akan mati dan zakar akan rosak selama-lamanya. Jika cincin yang elastik dan yang mudah mengembang digunakan, cincin itu mengembang serta tidak memberi tekanan jika tiada benda keras dalamnya.

Maka cincin itu boleh digunakan jika mahu kekalkan ereksi untuk jangka masa lama atau memantapkan ereksi yang kurang tegang kepada lebih tegang. Namun cincin dan gelang itu perlu diuji dan bukan sekadar dibuat dan dijual.

Jika penambat cincin itu ketara, ia boleh menekan tisu zakar dan mengakibatkan keradangan serta kemunculan parutan jika digunakan untuk jangkamasa lama atau digunakan kerap.

Advertisement