Kaitan Di Antara Seks Oral Dan Kanser Tekak


- 29 Aug 18
View 1 : Today 1

Menurut kajian perubatan yang terbaru, human papillomavirus (HPV), dipercayai menjadi salah satu punca ke atas kebanyakan kes kanser servikal dan mungkin juga menjadi punca banyak kanser mulut dan tekak.

Advertisement

Walaupun kadar kebanyakan kanser kepala dan leher telah merosot lebih 30 tahun yang lalu kerana lebih ramai orang telah berhenti merokok, kadar kanser tertentu di dalam kerongkong dan mulut masih tidak jatuh, mengikut penyelidikan perubatan di Amerika Syarikat.

“Kelaziman merokok telah jatuh secara mendadak, akan tetapi kanser kepala dan leher kebanyakannya tidak juga menurun. Kanser di pangkal lidah dan tonsil adalah bertambah atau berada di tahap sama. Kita tidak dapat melihat pengurangan dalam kejadian ini seperti yang kita jangkakan,” kata pengarang kajian tersebut Dr. Erich Sturgis, seorang profesor madya dalam bidang pembedahan kepala dan leher dan epidemiologi di University of Texas MD Anderson Cancer Center, di Houston.

Penulis-penulis kajian mengesyaki penyebab kanser melalui seks oral adalah berpunca daripada jangkitan virus tersebut. Menurut Sturgis, seperti juga kanser servik yang berlaku disebabkan penyakit kelamin, sebagaimana kanser dubur dan kemaluan, orang ramai perlu mesti menyedari yang mereka boleh mendapat kanser kerongkong atau kanser lidah sebagai akibat dari penyakit kelamin. Seks oral tidak boleh lagi dikira seks yang selamat.

Kajian sebelumnya telah menemui hingga 50 peratus orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidap kanser kerongkong dan mulut telah dijangkiti dengan HPV. Walaupun bukti bagaimana individu boleh mendapat jangkitan masih belum ditemui, tetapi pakar-pakar mengesyaki seks oral mungkin puncanya.

Sturgis berkata bahawa berhenti menghisap rokok dan minum alkohol adalah masih cara yang baik untuk mencegah kanser kepala dan leher tetapi mengurangkan kedua faktor risiko itu sahaja mungkin tidak cukup.

Sturgis dilaporkan berkata sebagai langkah untuk mencegah kanser ini, apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk membuat orang agar berhenti merokok dan minum alkohol berlebihan dan berhenti mengunyah tembakau, dan yang kita akan menghapuskan kebanyakan kanser kepala dan leher.

Tetapi, beliau menambah, usaha pencegahan masa depan mungkin tertumpu pada vaksin HPV dan amalan-amalan seks selamat. Namun kajian juga menunjukkan virus ini boleh dikesan melalui sisa bersihan mulut dan boleh dihalang dengan ubat.

Advertisement