4 Khasiat Air Nira

Air nira merupakan minuman beralkohol atau sejenis tuak yang dibuat dari nira. Minuman ini merupakan sebuah air yang berasal dari bunga pohon kelapa yang rasanya manis.

Advertisement

Air nira secara umumnya banyak digunakan untuk membuat minuman dan juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menjaga kesihatan tubuh. Bagi mereka yang meminati air nira ini, tahukah anda minuman ini mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan?

1.Antara khasiat air nira yang ramai tidak tahu ialah dapat mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Serat sangat diperlukan oleh tubuh badan. Di dalam air nira terdapat kandungan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan banyak lagi

2.Seterusnya, minuman ini elok diminum bagi mereka yang mengalami deman panas. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.

3.Memiliki tulang yang sihat amatlah penting. Justeru, minuman ini dapat membantu anda menjaga tulang-tulang anda. Tulang dalam badan kita memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya, terutamanya bagi kaum wanita.

4.Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh disiang hari. Ini boleh memberikan tenaga kepada anda untuk bekerja. Minuman ini akan membuatkan anda kekal aktif dan tidak mudah lesu. Selain itu, khasiat lain minuman ini adalah dapat memperkuatkan otot, menguatkan sel-sel tubuh badan, membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.

Advertisement