Stevia Pengganti Gula


- 4 Sep 18
View 1 : Today 1

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Stevia atau nama saintifiknya, stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.

Advertisement

Medium yang digunakan untuk menanam tumbuhan itu ialah tanah jenis poros supaya tiada air bertakung selepas ia disiram. Herba semula jadi ini telah digunakan sejak ratusan tahun oleh Orang Asli Paraguay dan Brazil di Amerika Latin.

Kajian berterusan pelbagai institusi serata dunia terhadap stevia tidak menemui sebarang kesan negatif terhadap kesihatan manusia bahkan haiwan. Kini, masyarakat mulai mengamalkan pengambilan herba itu dalam minuman seharian sebagai pengganti gula.

Pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mengeluarkan manisan. Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan.

Walaupun begitu, stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif. Stevia 300 kali ganda lebih manis daripada gula pasir. Justeru, hanya setitis diperlukan untuk mendapatkan rasa manis semula jadi dalam minuman anda.

Kandungan utama yang menyebabkan rasa manis stevia ialah bahan steviosida yang tidak mengandungi toksik. Kajian perubatan yang telah dijalankan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi.

Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain. Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

Advertisement