4 Jenis Senaman Tingkatkan Kesihatan Warga Emas Lelaki


- 6 Sep 18
View 1 : Today 1

Senaman sering dikaitkan dengan gadis cantik jelita dan lelaki sasa berotot tetapi sebenarnya warga emas juga perlu bersenam. Walaupun bergelar warga emas, senaman secara tetap dan aktiviti fizikal sangat penting untuk kebaikan kesihatan. Malah kajian di Barat menunjukkan tidak bersenam adalah tingkah laku yang berisiko.

Advertisement

Berikut ialah jenis senaman yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan warga emas lelaki:

1.Senaman ketahanan
Senaman ini baik untuk kesihatan jantung, paru-paru dan sistem pernafasan. Mempunyai ketahanan bukan saja membantu menjadikan lebih sihat, malah memperbaiki stamina untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti pergi ke kedai runcit. Senaman ketahanan boleh melewat atau mencegah sesetengah jenis penyakit yang dikaitkan dengan faktor umur seperti diabetes, kanser kolon, penyakit jantung dan angin ahmar.

2.Senaman kekuatan
Senaman ini membina otot dan menjadikan tubuh lebih kuat. Walaupun peningkatan kuasa otot kecil, ini memberi kesan besar dari segi keupayaan. Senaman ini juga meningkatkan kadar metabolisme, mengawal berat badan dan kandungan gula dalam darah. Ini penting kerana obesiti dan diabetes adalah masalah kesihatan utama warga emas. Malah kajian mendapati senaman kekuatan boleh mencegah osteoporosis.

3.Senaman keseimbangan
Masalah yang sering dihadapi warga emas seperti terjatuh dapat dicegah dengan senaman ini. Terjatuh merbahaya kerana boleh menyebabkan kecederaan dan apabila sering berlaku akan menyebabkan warga emas hilang keupayaan dan tidak lagi berdikari. Sesetengah jenis senaman keseimbangan juga boleh membina kekuatan otot kaki. Aktiviti mudah seperti berdiri menggunakan satu kaki juga boleh membantu.

4.Senaman fleksibiliti
Senaman ini menjadikan tubuh mudah lentur. Ini dilakukan dengan aktiviti regangan membabitkan otot dan tisu yang menentukan keseimbangan tubuh. Ahli terapi fizikal mencadangkan senaman regangan dilakukan terhadap pesakit untuk pulih dari kecederaan. Selain itu, senaman ini baik untuk mencegah masalah terjatuh.

View 1 : Today 1
Advertisement