5 Jenis Makanan Untuk Merawat Sakit Sendi Lutut


- 8 Sep 18
View 1 : Today 1

Sakit sendi terjadi disebabkan oleh kecederaan pada ligament atau tendon yang menyelaputi sendi. Sakit sendi juga berlaku apabila terdapat radang pada sendi seperti arthritis, osteoarthritis dan gout. Sakit sendi boleh dilegakan dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk sendi.

Advertisement

Selain daripada itu, orang yang selalu sakit sendi juga dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan kerana sendi mudah tercedera akibat terpaksa menanggung berat badan yang berlebihan dari yang sepatutnya. Kami kongsikan 5 makanan yang bagus untuk sakit sendi, khasnya untuk mengurangkan radang di bahagian sendi lutut dan sebagai anti-oksidan.

1.Soya
Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang.
Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia ataupun ditanam secara organik. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe dan kacang soya itu sendiri.

2.Buah-buahan
Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi.

3.Ikan
Minyak ikan mengandungi omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.

4.Rempah & Herba
Rempah ratus dan herba seperti kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.

5.Buah & tumbuhan kaya dengan polyphenol
Polyphenol adalah sejenis bahan yang terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Polyphenol juga adalah anti-oksidan dan anti-radang yang terdapat dalam tumbuhan seperti anggur, lobak ungu dan buah european elderberry. Anti-oksidan dan anti-radang ini penting untuk membantu melegakan sakit sendi.

Advertisement