7 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Sukar Tidur Lena


- 13 Sep 18
View 1 : Today 2

Adakah di antara kita mengalami masalah kesukaran tidur? Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur bukan? Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Apabila anda masuk ke pejabat dengan keadaan muka letih lesu jadi mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan.

Advertisement

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau “merehatkan minda” buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh  ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

7 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Tidur

1. Kosongkan fikiran atau berkhayal dari Semua Perkara

Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring.

2. Elakkan minum air berkafein

Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur.

3. Riadah waktu petang

Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

4. Leka Dengan Gadjet

Apabila anda terlalu fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur yang sepatutnya. Pastikan anda sudah check Facebook, Whatsaap dan sebagainya sebelum masuk bilik. Letak jauh daripada katil anda agar tidak mengganggu waktu tidur.

5. Mengambil Suppliment Tambahan

Mengambil suppliment tambahan sangat membantu untuk mempercepatkan proses tidur malam dan ia membantu untuk memberi kualiti tidur yang cukup.

7. Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau, basah dan sebagainya. Ianya boleh menganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa.

Tidur adalah satu keperluan penting dalam diri manusia. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah tidur, InsyaAllah. Apa yang dikongsikan di sini hanyalah beberapa cara mudah untuk anda mengatasi masalah tidur. Ianya boleh diamalkan supaya masalah tidur anda akan dapat diatasi.

JIKA anda ingin meminta nasihat secara ONLINE untuk memilih Supplement mana yang sesuai untuk diamalkan untuk membantu anda MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI SILA KLIK LINK WHATSAPP INI untuk berhubung dengan Wakil Penasihat Kami.

KLIK DISINI UNTUK KHIDMAT NASIHAT

Advertisement