12 Tanda-tanda Resdung Yang Sering Di Abaikan


- 17 Sep 18
View 1 : Today 2

TANDA-TANDA RESDUNG

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini pada seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Anda seharusnya peka dengan keadaan kesihatan anda, lebih-lebih lagi tanda-tanda resdung kerana ia dapat mengenal pasti bahawa anda menghidapi penyakit ini. Berikut merupakan tanda-tanda resdung yang mungkin berlaku pada diri anda:-

Advertisement

1. MENGALAMI HIDUNG BERAIR DAN TERSUMBAT

Anda sering mengalami masalah hidung berair dan tersumbat. Tidak kira pagi sehinggalah pada waktu malam hidung anda akan berair dan tersumbat. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda tidur dengan lena. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja yang kurang prihatin dan peka akan kesihatan dirinya.

2. KERAP KALI BERSIN DIWAKTU PAGI

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah jika mereka yang mempunyai atau ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi ataupun pada waktu yang sejuk. Daripada kerap kalinya anda bersin diwaktu pagi, ia akan menimbulkan warna kemerahan pada hidung anda. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa bagi para pesakit resdung.

3. GATAL PADA KELOPAK MATA ANDA

Anda akan merasa kegatalan yang melampau pada kelopak mata anda sehingga sampai satu tahap anda tidak mampu menahannya sehingga anda terpaksa mengosoknya. Ia akan menyebabkan mata anda menjadi kemerahan. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang amat sukar untuk dipercayai kerana sering kali untuk anda mudah berasa gatal pada bahagian tersebut.

4. PERNAFASAN DAN MULUT AKAN BERBAU

Tanda-tanda resdung yang membuatkan anda sukar untuk percaya adalah pernafasan dan mulut anda akan berbau. Nafas dan mulut bagi penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau. Walaupun anda sudah memakan atau pun telah menggunakan Listerine, ia tetap juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan walaupun peratusannya adalah sedikit.

5. TIDUR BERDENGKUR

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila mereka tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat yang disebabkan lendir yang begitu banyak. Anda juga akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kurang digemari oleh semua individu.

6. AKAN HILANG DERIA BAU

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah apabila penyakit resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Ia merupakan satu tahap yang sangat merbahaya kerana anda telah kehilangan deria bau anda akibat penyakit resdung ini. Agak sukar untuk mengharungi kehidupan seharian tanpa boleh deria bau. Sebelum ianya berlaku, anda perlu merawat resdung anda secepat mungkin supaya tidak bertambah teruk.

7. SELSEMA BERPANJANGAN

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah anda tidak mampu untuk menahannya lagi. Selsema ini disebabkan masalah resdung yang anda hidapi. Jadi ia merupakan tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar dalam mengatasi masalah resdung ini.

8. JERAWAT MUDAH UNTUK TUMBUH

Bagi remaja khususnya, tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui adalah muka anda akan dinaiki jerawat yang agak teruk samada di bahagian muka atau di bahagian badan. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda berhubung dengan dunia luar terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain akibat jerawat yang tumbuh pada wajah anda terutamanya.Menghilangkan jerawat juga bukan suatu yang mudah.

9. BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN KEPALA

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain. Sebenarnya ia juga merupakan tanda-tanda resdung. Untuk mendapatkan maklumat yang sahih, anda anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk kepastian.

10. GATAL-GATAL APABILA MAKAN MAKANAN YANG TERPERAP ATAU MAKANAN LAUT

Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa dialami. Rasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya. Hal ini kerana, makanan ini lazimnya memang akan menjadikan anda gatal-gatal, bahkan mungkin juga ia akan berasa gatal pada tubuh badan anda yang lain juga.

11. BATUK YANG TERUK PADA WAKTU MALAM

Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Dan akhirnya anda akan menghidapi batuk yang teruk pada waktu malam mungkin akibat daripada cuaca yang sejuk.

12. KESAKITAN ATAU TEKANAN MUKA

Sakit adalah gejala biasa dalam sinusitis. Seseorang mungkin merasakan kesakitan di sekeliling mata mereka, di bawah mata mereka, di dahi mereka, dan di sekeliling hidungnya. Sinus boleh menyebabkan seseorang berasa sakit di gigi mereka.

Nak tahu rahsia untuk merawat masalah resdung? Klik link di bawah kami akan membantu anda untuk mengatasi masalah resdung

www.wasap.my/+6016463995

Advertisement