13 Petua Seks Suami Isteri Mengikut Sunnah


- 29 Sep 18
View 1 : Today 14

1.Imam Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Advertisement

2.Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rehat kepada tenaga batin.

3.Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV.

4.Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti. Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram.

5.Bersopan santun, isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah, memakai bau-bauan yang lembut. Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

6.Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda. Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah digalakkan.

7.Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan ke dalam faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

8.Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pra-matang.

9.Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan baik dan sempurna.

10.Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat. Maka rangsanglah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan. Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah!

11.Nabi berpesan, ”Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak.”

12.Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa ‘isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin’.

13.Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.

Advertisement