Penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver)


- 8 Oct 18
View 1 : Today 1

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati iaitu:

  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.
Advertisement

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`.

Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang ketara. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :

  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.

Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.

View 1 : Today 1
Advertisement