Jenis-Jenis Ciuman (Bahagian 1)


- 11 Oct 18
View 1 : Today 26

Ciuman memang bukan tindakan yang dibuat-buat, keinginan untuk mencium seringkali timbul begitu saja kerana anda begitu menyayangi seseorang. Tapi jika ada gaya ciuman tertentu yang dapat membuatnya begitu menikmatinya sampai meninggalkan kesan yang mendalam, boleh saja jika anda praktikkan. Mudah-mudahan dia semakin sayang pada anda.

Advertisement

1.Butterfly Kiss
Mencium bahagian tubuh si dia dengan mengedip-ngedipkan bulu mata hingga pasangan terasa geli. Ciuman ini biasanya diberikan di pipi, hujung bibir, dahi atau perut.

2.Cheek Kiss
Biasanya ciuman ini diberikan pada saat pertama sebagai tanda “aku suka padamu”. Ciuman pipi ini menjadi semakin mesra jika anda tahu caranya, letakkan tangan anda di bahunya lalu sebelum mencium usap dulu pipinya dengan bibir anda, lakukan dengan penuh kelembutan.

3.Eskimo Kiss
Ciuman dengan cara saling menggosokkan hidung anda dengan pasangan. Supaya lebih menarik untuk mendapatkan suasana iklim sejuk seperti di Eskimo, lakukan ciuman tersebut di depan peti ais yang terbuka!

4.Eyelid Kiss
Sementara pasangan anda sedang tidur, ciumlah kelopak matanya yang tertutup dengan sangat perlahan dan mesra. Ciuman yang sederhana tetapi sangat bermakna & mendalam bagi si dia.

5.Freeze Kiss
Ciuman yang dilakukan setelah bibir diulit dgn ais batu. Dingin tapi menyenangkan! Ada cara lain yang tak kurang menariknya, anda dan pasangan berciuman sambil memainkan ais batu dengan lidah di dalam mulut.

6.Earlobe Kiss
Ciumlah pasangan anda tepat di telinganya, tapi jangan bersuara! Cukup dengan hembusan nafas saja kerana suara anda akan membuatkannya terperanjat.

7.The Whipped Cream Kiss
Merupakan jenis ciuman yang mengghairahkan dan penuh nafsu. Celupkan jari anda ke dalam krim putar yang sejuk dan jilat jari anda secara perlahan-lahan. Selanjutnya anda dan pasangan saling berpelukan dan berciuman, ciuman yang manis kerana di mulut anda masih terasa whipped cream tersebut.

8.Foot Kiss
Ciuman romantis yang penuh ‘isyarat’. Mungkin pasangan anda akan sedikit geli, jadi buatlah si dia merasa lebih rileks dan menikmati setiap ciuman anda. Caranya, urutkan dulu kakinya perlahan-lahan dan mulakan aksi ciuman anda dari bawah ke atas.

9.Quickie Kiss
Ciuman singkat yang dapat anda berikan di saat anda benar-benar sibuk. Kecup hidungnya lalu kecup bibirnya. Ciuman ini hanya membutuhkan waktu ¼ detik!

10.Forehead Kiss
Disebut ciuman dahi kerana ciuman ini bersifat menenangkan bagi siapa saja. Tak ada ciuman di dahi yang dapat membangkitkan nafsu.

Advertisement