Lelaki Ini Bukti Wanita Setia Masih Ada!

Kisah ketabahan wanita bernama Ayu ini pernah tular satu ketika dulu. Perkahwina Siti Rohayu Ibrahim  dengan Muhammad Ridhwan Mohd. Zaki diuji apabila Ridhwan koma akibat nahas jalan raya pada 2017.

 

Pernah dituduh mempunyai kekasih dan berkhalwat dengan lelaki lain gara-gara perebutan wang insurans serta bantuan kepada suaminya, Ayu hampir mahu mengalah. Dia pernah berhasrat untuk memohon fasakh dan memulangkan semula suami kepada keluarga mentuanya namun dibatalkan.

 

Dia juga terpaksa menjual kereta suami dan menyewa ambulan untuk ke membawa suami ke hospital. Fitnah yang dilemparkan menyebabkan Ayu menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial. Namun dalam masa yang sama, Ayu juga menerima banyak sokongan moral dan nasihat daripada penyokong-penyokongnya.

Namun berkat kesabaran Ayu yang dianugerahkan Allah, setelah 5 tahun terlantar di atas katil, Ridhwan kini sudah semakin sihat. Suami yang dijangka hanya dapat hidup hanya 6 bulan selepas kemalangan sudah mampu bercakap malah menyanyi lagu tanda penghargaan kepada kesetiaan isterinya.

Ya, masih ada wanita yang setia pada waktu susah! Semoga berbahagia hingga ke syurga.