Suami Maut Ketika ‘Bersama’ Isteri…

Seorang peniaga dilaporkan maut ketika bersetubuh dengan isterinya. Kejadian berlaku di Jogjakarta, Indonesia apabila mangsa (38) dibunuh ketika sedang melakukan hubungan badan bersama isterinya, KI (30.

Menurut laporan portal Tribun News, ketika pasangan suami isteri itu sedang melakukan hubungan kelamin, datang seorang lagi suspek yang juga sepupu mangsa, NK, (22) menjerut leher mangsa.

Dilaporkan sewaktu kejadian, si isteri memberi isyarat kepada kekasihnya melalui kod suara mengerang. Suspek kedua telah keluar dari tempat persembunyian dan menjerut leher mangsa. Manakala si isteri bertindak menekup mulut suaminya bagi menghalang lelaki itu meminta tolong.

AKP Ngadi, Wakil Polis Bantul, memberitahu selepas mangsa dibunuh, jasad mangsa dibalut dengan cadar sebelum disembunyikan di dalam gudang.

Pasangan kekasih itu juga sempat singgah makan sate ayam bersama sebelum membuang jasad mangsa ke daerah lain menggunakan sebuah kereta.

Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada cinta tiga segi dan dendam di antara mangsa dengan sepupunya iaitu suspek kedua dan kekasih isterinya.

Mangsa pernah mengancam ingin membunuh kedua-dua suspek kerana dia sudah mengetahui mereka menjalinkan hubungan terlarang. Manakala sepupu mangsa, didakwa turut berdendam kerana mendakwa telah dibuli dan dibuang kerja oleh mangsa.

Malah, pembunuhan itu telah dirancang sejak sebulan lalu, Bagaimanapun, kedua-dua pelaku dilaporkan memberi kenyataan bercanggah antara satu sama lain di mana masing-masing tidak mengaku sebagai dalang pembunuhan.

Menurut Tribun News, si isteri mendakwa telah menghalang sepupu mangsa daripada membunuh suaminya. “Jadi saya patuh kepada NK pada masa itu, yang pasti, idea awal daripada NK. Saya tak terima kalau saya yang dituduh menyuruh membunuh suami,” kata wanita itu seperti dipetik portal tersebut.

Bagaimanapun menurut Ngadi, NK pula mendakwa telah menerima isyarat daripada wanita berkenaan untuk membunuh suaminya. Ujarnya, sebelum pembunuhan berlaku, isteri mangsa sempat mengajak NK untuk menamatkan riwayat suaminya melalui chat dan panggilan video.

Jelas Ngadi, pada awalnya hanya NK yang dituduh, namun hasil soal siasat mendapati isteri mangsa turut terlibat dalam kes berkenaan. Kedua-dua suspek kini didakwa di bawah pasal 340 KUHP dan bakal berhadapan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.