Khasiat Habbatus sauda Untuk Kesihatan Lelaki

Nigella sativa atau lebih dikenali sebagai Habbatus sauda merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang perubatan masyarakat di Timur Tengah sejak ribuan tahun lalu.

Habbatus sauda mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu meningkatkan tenaga, memulihkan kepenatan dan melegakan tekanan manakala ‘thiamin’ dan ‘tryptophan’ membantu pengeluaran serotonin yang menjadikan tidur lebih nyenyak.

Fungsi lain magnesium dalam habbatus sauda juga menolong menghalang hipertensi serta menstabilkan dan  mengekalkan tekanan darah kepada normal.

Bagi lelaki, habbatus sauda sangat bagus untuk kesihatan seksual bagi menaikkan jumlah sperma, memanjangkan hayat sperma dan memperbaiki kualiti sperma dalam air mani lelaki tidak subur.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kurang nafsu seks, sangat disarankan untuk mengamalkan habbatus sauda bagi memulihkan semula libido. Pengambilan habbatus sauda dalam bentuk asli iaitu bijian hitam lebih berkesan berbanding kapsul yang sudah diproses.