Standby 2 Botol Minyak Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Rutin harian sebelum on job. Minyak full tank dan extra 2 botol besar setiap hari. 2 botol minyak memang wajib standby. Mesti ramai tertanya-tanyakan kenapa aku siap-siapkan minyak motor, bukan minyak masak hehe.

 

 

Nak tau sebab apa? Sebabnya kot tengah atas jalan raya ternampak orang minyak abis ke. Ha buleh le sedekah (bantuan amal).

Alhamdulillah dah 3 orang dah dapat dibantu. Yang pertama kat BTR. Sayu hati tengok suami isteri ada anak kecil. Ibu tengah berjalan kat belakang. Anak dok dalam bakul dan ayah dia tolak motor.

Yang ke 2, kat jalan istana petang tadi. Dalam hujan renyai, nampak abang sorang tolak moto, terus tanya nape? Minyak abis katanya. Alhamdulillah ade bawak minyak spare, bagi terus kat abang tu.

Yang ke 3, dekat Damansara abg ofis baru balik keja. Kadang mereka nak bayar tapi saya tak nak ambil. Cukup le doakan keselamatan saya masa buat kerja.

#InshaAllah kita ikhlas bantu orang. Nanti Allah hantar bantuan untuk kita pula. Bukan nak cari populariti. Cuma kongsi rasa puas hati bila dapat bantu orang.

Kredit: FB Besihitam Kembali